Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Feb
18

UMNO sebuah parti yang mempunyai keahlian lebih 3 juta dan sudah lama memerintah sejak merdeka lagi. Jika difikirkan UMNO sudah pasti menjadi lebih matang dan professional dalam urusan kepimpinan dan pentadbiran. Akan tetapi sikap keterbukaan UMNO akhirnya memakan diri bila masih berlaku cah keting atau sabotaj dikalangan pemimpin didalam parti. Yang jelas perkara ini datangnya dari mereka yang kecewa bila tidak dicalonkan sebagai calon pilihanraya. Ada beberapa kriteria yang patut kita faham untuk menjadi seorang calon pilihanraya. Bukan cukup sekadar dikenali rakyat tetapi pendidikan juga memainkan peranan. Apa guna UMNO meletakan calon yang popular dikalangan masyarakat tetapi hanya berpendidikan SRP? Sudah pasti UMNO akan terus kebelakang dari segi pemikiran kritis dan kemajuan negara.

Inilah yang terjadi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka yang tidak mempunyai pendidikan dipilih menduduki kerusi kepimpinan bahagian hanya kerana mereka popular. Harus ditanya, kerana apa mereka popular? Adakah kerana khidmat mereka pada masyarakat atau kerana taburan wang ringgit dan kroni-kroni yang ditanam disemua peringkat? Sampai bilakah UMNO akan menyimpan mereka ini didalam parti? Jika tidak dibendung dan tidak diambik tindakan, UMNO akan terus menjadi tidak relevan dalam kancah politik negara. Mereka-mereka inilah yang akan menjadi duri dalam daging didalam parti dan akan berusahan untuk melakukan pengkhianatan selagi mereka tidak menjadi calon piliharaya.

UMNO perlu berubah dan bertegas demi kelangsungan agenda perjuangan parti. Golongan yang sering melakukan cah keting ini bukanlah golongan yang sanggup berkorban demi perjuangan, mereka berada disitu kerana kepentingan peribadi dan untuk meraih kekayaan atas keringat anak bangsa. Mereka tidak ubah seperti pengkhianat yang patut disingkirkan dari parti. Mereka sanggup melakukan pelbagai cara bagi memastikan calon dari parti sendiri kalah kerana pada mereka tiada gunanya membantu memberi kemenangan kepada calon parti jika mereka tidak dipilih sebagai calon.

Rata-rata golongan ini adalah golongan yang tidak berpendidikan, mereka petah bercakap dan berupaya bermain sandiwara yang hebat. Dari sudut pemikiran merela langsung tiada nilai-nilai pemikir yang baik. Apa yang mereka tahu hanyalah berpolitik 24 jam. Masalah rakyat bukan keutamaan yang utama ialah periuk nasi mereka sendiri. UMNO perlu membuka mata dengan lebih luas lagi dan bertegas bagi menghapuskan golongan ini dari parti. Tiada keuntungan menyimpan atau meletakan mereka dikalangan pemimpin-pemimpin besar parti. Kita perlukan mereka-mereka yang berpendidikan dan mampu mengatasi masalah dengan baik bukan mereka yang menimbulkan masalah dalam parti.

UMNO tidak perlu pemimpin yang tiada pendidikan, itulah yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO, jangan nilaikan potensi untuk menang hanya dengan populariti kerana dengan populariti belum tentu mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat. Jangan jadi  seperti parti PAS dan PKR yang hanya bergantung kepada populariti yang mana akhirnya rakyat kekal tidak terbela.

Oct
28

image

Saya pernah bertemu dengan KP Kuantan dan salah seorang dari ahli jawatankuasa PPU Kuantan tempoh hari. Setelah sekian lama barulah dipanggil untuk bertemu itupun atas usaha seorang ahli dan juga PSU Pemuda cawangan jika tidak saya sendiri berani jamin KP Kuantan tidak akan bertemu dengan saya ataupun mana-mana ahli akarumbi untuk menyelesaikan masalah. Dalam pertemuan itu dengan penuh bangga KP Kuantan dan ajknya berkata mereka berjaya mengadakan program dicawangan-cawangan dan bila dibandingkan dengan penggal lepas program mereka jauh lebih baik. Itu yang disampaikan pada saya. Tapi yang menghairankan sudah berapa kali Pemuda Cawangan Sg Isap 1 mengadakan program? Tidak mungkin hanya satu saja Pemuda Cawangan yang mampu anjurkan program? Dimanakah cawangan-cawangan yang lain seperti yang disebut oleh KP Kuantan dan AJKnya itu?

Sebelum ini Pemuda cawangan Sg Isap 1 telah menganjurkan program gotong-royong dan baru-baru ini program tazkirah bersama anak-anak yatim. Dimanakah cawangan lain? Apa yang PPU Kuantan lakukan untuk mengerakan pemuda cawangan yang lain dari tidur yang panjang? Adakah mereka akan beri alasan rekod hilang lagi? Ini persoalanya yang kerap kali ditimbulkan. AJK-AJK PPU Kuantan sendiri seperti hilang punca dan langsung tidak berfungsi. Biro-biro tidak langsung bergerak malahan ada yang tiada biro langsung. Dimanakah komitmen KP Kuantan bagi memantapkan PPU Kuantan? Dimanakah janji KP Kuantan untuk menjadikan PPU Kuantan sebagai satu sayap yang mantap dan disegani? Mungkinkah KP Kuantan hanya mampu bercakap itu dan ini tetapi dari sudut perlaksanaanya jelas gagal.

Bila ditanya pelbagai alasan diberikan dan jika sudah tersepit mulalah KP Kuantan menuduh orang lain dengki kepadanya. Sudah seperti kekeringan modal untuk menjawab bila sudah tersepit. Jadinya kalau tidak mampu mengadakan atau menganjurkan program dicawangan-cawangan berlaku jujurlah jangan lagi berdalih. Ramai rakan-rakan yang sedia membantu. Berhentilah dari terus menuduh musuh politik hendak menjatuhkan kamu kerana musuh-musuh politik kamu banyak kerja lain untuk dilakukan dari terus buang masa menjatuhkan kamu. Janganlah perasan sangat yang orang dengki dan irihati pada kamu. Tiada siapa pun yang dengki kecuali kamu sendiri yang takut akan bayang-bayang kamu sendiri.

Jujur pada akarumbi dan jangan lagi berdalih wahai KP Kuantan.

Oct
27

Pergolakan makin tidak terlindung dan musuh politik harus dihapuskan tidak kira apa cara sekali pun. Adakah benar KP Kuantan menggunakan khidmat ‘fake account’ untuk mencemar keperibadian musuh politiknya? Harus diingat ketika kempen dahulu KP Kuantan amat takut akan terdedahnya rahsia peribadi besar yang cuba dilindungi. Dia sanggup mengatakan dia akan difitnah oleh pihak lawan untuk menjatuhkanya. Jadi tidak mustahil jika dia melakukan perkara sama ketika ini untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Sekarang ini saya yang kuat mengkritik kepimpinanya dia asak dengan isu peribadi yang dimainkan oleh seseorang  melalui ‘fake account’ Facebook. Sebelum ini sudah disebarkan oleh pihak KP Kuantan yang mana menuduh saya kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam PPU Kuantan. Agak malang sekali jika sesiapa menerima alasan tersebut kerana itu adalah satu penipuan besar yang dimainkan oleh KP Kuantan. Perkara sebenarnya sudah tentu dia tidak akan menceritakan kerana seperti biasa KP Kuantan kekal sebagai seorang pembohong. Mengapa dia tidak berani mengakui saya sudah berkali-kali mendesak agar melantik orang lain menduduki jawatan Ketua Penerangan PPU Kuantan? Yang jelas kerana ingin menuduh saya mengejar jawatan.

Kini hal-hal peribadi yang memfitnah saya cuba dimainkan termasuklah dengan menuduh saya mempunyai ‘fake account’ Facebook untuk menyerang peribadi orang lain. Dalang dibelakang ‘fake account’ ini hanya seorang PSU cawangan yang cuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya relevan dalam politik setempat. Yang lebih menghairankan dia datangnya dari bahagian lain tetapi cuba menjadi hero dibahagian Kuantan. Cukup jijik tindakan anak hinggusan ini mengunakan ‘fake account’. Memang benar apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang yang UMNO kini sudah tidak mampu berhujah, mereka hanya mampu bermain ‘gutter politics’. Dimanakah relevannya UMNO jika ianya bakal diambil alih oleh golongan bachul dan tanpa wajah untuk menyerang musuh?

Walau apa pun cara yang digunakan oleh KP Kuantan saya dan sahabat-sahabat lain tetap akan terus mengkritik dan memastikan PPU Kuantan tidak terus rosak dibawah pimpinan KP Kuantan sekarang ini. Pesanan saya pesanan saya pada KP Kuantan, jangan cuba bermain dengan isu peribadi orang lain kerana isu kamu jauh lebih menjijikan lagi dan penuh dengan bukti yang nyata. Pastikan kamu bersedia untuk berdepan dengan isu peribadi buruk kamu jika kamu terus bermain dengan isu peribadi orang lain.

Oct
22

image

Ketua Pemuda UMNO Kuantan penggal 2013-2016 Nara Nordin seringkali membandingkan PPU Kuantan pimpinanya dengan PPU Kuantan dibawah pimpinan YH Dato Suffian Awang. Umum mengetahui bahawa YH Dato Suffian Awang adalah diantara Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hebat dan berkaliber. Beliau juga adalah Exco Kanan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Jika dibandingkan dengan Nara Nordin sudah tentu jurang perbezaan itu cukup luas.

Dari sudut latarbelakang pun sudah jelas YH Dato Suffian Awang lebih kredible dari Nara Nordin. Kehebatan YH Dato Suffian Awang tidak dapat dinafikan dan ianya diikhtiraf diseluruh organisasi UMNO itu sendiri. Seorang pemimpin muda yang berwawasan dan tegas berbanding dgn Nara Nordin yang hanya tahu membuat masalah dan menyerahkan kepada orang lain untuk menyelesaikan masalahnya.

Ketika YH Dato Suffian Awang memimpin PPU Kuantan jelas sekali PPU Kuantan dikagumi ramai dan dihormati. Namun dibawah kepimpinan Nara Nordin, PPU Kuantan kelihatan lesu dan dihimpit dengan pelbagai masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh dia sendiri. Dengan perpecahan yang berlaku jelas sekali PPU Kuantan penggal ini umpama retak menanti belah. Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Zulhaili Mansor sudah lama diketepikan dan barisan AJK Pemuda juga kelihatan tidak berada didalam barisan yang sama. Adakah ini yang dikatakan PPU Kuantan penggal ini lebih baik dari PPU pimpinan YH Dato Suffian Awang?

Ramai yang mengetahui ketika YH Dato Suffian Awang menjadi Ketua Pemuda dan Nara Nordin adalah salah seorang dari AJK Pemuda, masalah yang timbul kerap kali berpunca dari Nara Nordin sendiri. Tidak perlulah didedahkan disini kerana jika didedah nanti mungkin tiada yang akan mempercayainya. Itulah hakikat sebenarnya apa yang berlaku namun kerana YH Dato Suffian Awang adalah seorang pemimpin yang bijak dan berwawasan beliau sentiasa dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik sekali.

Jika dibandingkan pergerakan ketika kepimpinan YH Dato Suffian Awang selaku KP, sudah cukup jelas sambutan yang amat baik setiap kali di adakan program. Barisan AJK hadir dengan baik sekali bersama-sama Dato Suffian Awang. Bukti jelas pergerakan PPU Kuantan ketika itu mendapat sokongan apabila Dato Suffian Awang diberi peluang untuk menjadi calon PRU13 yang lepas. Jawatan-jawatan yang disandang oleh Dato Suffian Awang cukup membuktikan kepimpinan beliau mendapat perhatian dan respon yang baik. Tidak seperti Nara Nordin yang sering mengatakan PPU Kuantan pimpinan dia lebih baik dari yang lepas. Begitu banyak bukti yang boleh diketengahkan bagi kita menilaikan siapa Ketua Pemuda yang lebih hebat.

Nara Nordin seringkali memperlekehkan PPU Kuantan pimpinan Dato Suffian Awang tetapi sehingga kini masih lagi gagal membuktikan PPU Kuantan pimpinanya mampu bergerak dengan baik dan mendapat sokongan besar. Tiada alasan lain untuk Nara Nordin mendabik dada, apa yang perlu dia lakukan ialah berhenti menyalahkan orang lain dan terus akui kelemahan sendiri. Makin lama makin ramai yang sudah bosan PPU Kuantan. Jadilah Ketua Pemuda yang berintegriti bukan menjadi Ketua Pemuda yang tak mahu akui kelemahan diri.

Oct
21

Dikhabarkan PPU Kuantan banyak mengadakan program-program untuk pemuda tapi agak hairan bila tiada satu pun program yang nampak dan mampu memberi impak. Jadi bagaimanakah tuntutan dari PPU Kuantan yang menyatakan mereka telan banyak melakukan program? Bila diminta bukti alasanya ilah rekod hilang. Secara logiknya jika ada program dari PPU Kuantan sudah pasti ada bukti-bukti bergambar dan sudah tentu menjadi buah mulut orang ramai tambahan jika ianya memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Dimanakah hala-tuju PPU Kuantan dalam meneruskan perjuangan Pemuda bahagian? Dimanakah gerakerja PPU Kuantan bagi meraih sokongan dan meningkatkan keahlian baru dalam UMNO? Yang pentingnya apa program-program yang dijalankan oleh PPU Kuantan? Kita mendesak agar diadakan forum terbuka untuk memberi peluang kepada KP Kuantan membuat penerangan dan penjelasan tentang hala-tuju supaya akarumbi dapat membantu PPU Kuantan tetapi saranan ini telah disalah ertikan oleh Nara Nordin selaku KP. Dia beranggapan bahawa forum terbuka ini ialah pentas untuk menjatuhkan dia dan memecah-belahkan Pemuda Kuantan. Bukankah sudah ada pepercahan dalam PPU Kuantan dibawah pimpinan dia sendiri? Saat dia mengenepikan NKP dan melakukan divide and rule sudah berlaku peperahan dalam PPU Kuantan. Jadi dimanakah forum terbuka ini akan menjadikan PPU Kuantan berpecah belah? Mungkin kerana Nara Nordin sedar bahawa sudah banyak kali dia membohongi akarumbi jadi dia agak gentar untuk mengadakan forum ini. Hanya mereka yang takutkan bayang-bayang sendiri sahaja tidak mahu menerima kenyataan.

Saya secara peribadi cuba mencari satu program anjuran PPU Kuantan yang mampu memberi impak kepada anak-anak muda, malangnya tiada satu pun program PPU Kuantan yang melekat dihati anak-anak muda. Melalui kaji selidik saya secara rawak program-program PPU Kuantan hanya berkisar dikalangan mereka sahaja, tiada usaha untuk membuat “engagement”  dengan pengundia atas pagar atau pengundi baru. Apatah lagi untuk mendapatkan keahlian baru dikalangan anak-anak muda. Kegagalan PPU Kuantan dan Nara Nordin untuk membawa nama Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan keperingkat lebih tinggi akan mengakibatkan UMNO makin ditolak oleh masyarakat. Sudah pastinya menjelang PRU14 PPU Kuantan tidak akan mampu mengumpulkan jentera yang padu bagi membantu calon-calon Barisan Nasional.

Justeru, PPU Kuantan dan Nara Nordin harus akui kelemahan dan cuba baiki kelemahan itu dengan berdepan dalam forum terbuka bagi membuat penjelasan. Solusi sudah diberi dan Nara Nordin hanya perlu berani dalam merungkai permasalahan ini.

Oct
20

Anjurkan program yang kononya mendapat sambutan dan banyak tetapi bila minta bukti program-program yang dijalankan alasan yang dibagi ialah ‘rekod program hilang’. Macam mana rekod program boleh hilang? Zaman teknologi yang canggih seperti sekarang ini alasan rekod hilang cukup tidak masuk akal. Masing-masing memiliki ‘smartphone’ dan sentiasa online dan masing-masing sentiasa boleh ‘selfie’ tetapi kenapa rekod program boleh hilang?

Bukan itu sahaja, setiap mesyuarat sudah pasti akan dimasukan didalam senarai aktiviti Pemuda dan bagaimana boleh hilang rekod-rekod program? Kalau sudah tidak ada program janganlah bagi alasan bodoh macam itu. Cubalah bagi alasan yang matang sikit jangan bagilah alasan macam budak-budak sekolah tadika. Agak dangkal dengan alasan yang diberi hanya kerana ingin menutup kelemahan pergerakan sendiri. Sepanjang setahun apa program yang benar-benar memberi impak kepada anak-anak muda di P083 Kuantan? Berapa banyak program yang berjaya menarik minat pengundi muda disekitar Kuantan?

Sudah sampai masanya PPU Kuantan menjadi lebih matang dan menerima kritikan serta teguran bukan dengan terus menafikan segalanya. Berilah contoh yang baik untuk memastikan UMNO Kuantan kekal relevan. Jika tidak mampu melakukan yang terbaik adalah lebih baik kepimpinan yang ada sekarang melepaskan jawatan dan beri kepada yang lebih layak. Adakah setiap kali dilontarkan kritikan kepimpinan PPU Kuantan terutamanya Ketua Pemuda akan terus menyalahkan pihak lain? Ketika ini mereka menyalahkan Ketua Bahagian UMNO Kuantan yang kononya tidak membantu mungkin selepas ini semua sayap-sayap dalam UMNO Bahagian akan disalahkan kerana PPU Kuantan lesu.

Cukup-cukuplah menyalakan orang lain, muhasabahlah diri setelah setahun memimpin PPU Kuantan dan sudah banyak masa terbuang. Ketua Pemuda UMNO Kuantan janganlah terlampau bongkak dan sombong kelak diri sendiri yang bakal terbuang.

Oct
19

PPU Kuantan penggal ini dirundung dengan pelbagai masalah dalaman yang cuba dinafikan oleh KP Kuantan. Apa yang menjadi persoalannya benarkah PPU Kuantan penggal ini lebih baik dari penggal yang dipimpin oleh YH Dato Suffian Awang?

Ketika Dato Suffian Awang menjadi KP tiada langsung beliau menyalahkan kepimpinan bahagian kerana tidak membantu tetapi penggal ini dibawah KP Nara Nordin mengapa sentiasa menyalahkan kepimpinan bahagian terutamanya Ketua UMNO Bahagian YH Dato Hj Wan Adnan Wan Mamat? Apa agenda Nara Nordin dengan menyalahkan kepimpinan bahagian atas kemelut dan masalah yang berlaku didalam PPU Kuantan?

Sepanjang Dato Suffian Awang menjadi KP bukan tiada masalah dengan bahagian tetapi beliau berusaha untuk membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin muda dan akhirnya kepimpinanya diterima dengan baik oleh UMNO Bahagian malahan beliau mendapat sokongan padu dari YH Dato Ketua Bahagian sendiri. Lain pula dengan Nara Nordin yang menyalahkan YH Dato Ketua Bahagian sedangkan apa usaha dia untuk membuktikan kepimpinanya? Bukan itu sahaja dia juga tidak langsung menghormati kepimpinan bahagian bila membuat keputusan untuk bersama didalam KP 11. Mengapa kesalahan diri sendiri mahu diletakan kepada orang lain?

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa ada usaha dari Nara Nordin untuk memperlekehkan kepimpinan YH Dato Suffian Awang selaku KP pada penggal lepas? Katanya PPU Kuantan dibawah kepimpinanya bergerak lebih baik dan mendapat respon yang positif dikalangan akarumbi. Dimanakah bukti respon positif yang digembar-gemburkan? Dimanakah program-program yang jelas mendapat sokongan pada anak-anak muda? Dalam Nara Nordin memperlekehkan kepimpinan YH Dato Suffian Awang mengapakah dia masih lagi bertemu Dato Suffian Awang dan mengadu nasib? Mengapa tidak menyelesaikan masalah yang timbul dengan sendiri? Mengapa perlu bertemu dengan orang yang diperlekehkan?

Jika saya terus melontarkan persoalan makin banyak yang akan terbongkar, PPU Kuantan penggal ini amat jelas tidak berupaya untuk bergerak sebaik penggal lepas. Saya secara peribadi adalah salah seorang jentera yang bersama Nara Nordin ketika bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Ketika itu saya merasakan ada benarnya seperti dikatakan bahawa PPU Kuantan ada kelemahan tetapi bila dikaji semula penggal ini keadaan PPU Kuantan jauh lebih buruk dari sebelumnya. Ketidakupayaan Nara Nordin menyelesaikan masalah berbangkit dan terus menerus menafikan bahawa PPU Kuantan kini sedang tenat bukti jelas bahawa PPU Kuantan dibawah kepimpinanya jauh lebih buruk dari PPU Kuantan ketika YH Dato Suffian Awang menjadi KP.

Amat menyedihkan bila tiada satu pun gerakerja PPU Kuantan kini yang menampakan satu usaha untuk menarik sokongan anak-anak muda kepada UMNO. Bila dicadang untuk mengadakan forum terbuka pelbagai alasan diberikan dan alasan yang sering diberikan adalah untuk mengelak daripada pepercahan. Adakah kepimpinan PPU Kuantan tahu apa tujuan forum tersebut? Kita memberi ruang untuk kepimpinan PPU Kuantan untuk menjelaskan hala-tuju mereka dan beri mereka membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan dari akarumbi bukan untuk menjatuhkan mereka. Nara Nordin dan barisan kepimpinanya jelas sekali tidak mampu untuk mentransformasikan politik Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan. Kegagalanya sudah jelas, mahukah kita terus menerus memberi ruang kepada barisan kepimpinan ini untuk memimpin sayap Pemuda parti?

Sudah bersediakah kita untuk menjadikan PPU Kuantan bahan gelak-ketawa pembangkang? Tiba masanya untuk kita desak agar Nara Nordin selaku KP UMNO Kuantan menerima cabaran dan mengadakan forum terbuka. Tiada alasan lain lagi, selamatkan PPU Kuantan ataupun biarkan ianya musnah dan hancur ditangan Nara Nordin…..

Oct
18

Setahun lepas satu pasukan baru telah mengambil alih kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dengan misi yang cukup memberangsangkan. Misi untuk memperbaiki kelemahan dan kerosakan yang telah berlaku ketika PPU Kuantan dibawah kepimpinan YH Dato Suffian Awang. Misi untuk mengembalikan sokongan akarumbi dan membawa suara anak-anak muda didalam UMNO. Dengan slogan “Transformasi Akarumbi, dari akarumbi ke akarumbi” pasukan ini telah berjaya memenangi permilihan parti dengan amat bergaya sekali. Harapan telah diberikan oleh pasukan ini kepada akarumbi dan amanah dan mandat telah diberikan oleh akarumbi kepada mereka.

Berlalunya 12 bulan setelah barisan ini menduduki kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian namun janji tinggal janji, harapan tinggal harapan, amanah dan mandat diketepikan sama sekali. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan bukan sahaja mengecewakan malahan amat-amat memalukan. Dengan isu penglibatan KP Kuantan bersama KP 11 hinggalah pergeseran antara Pemuda dan Bahagian sudah cukup membuktikan akarumbi dikhianati oleh kepimpinan baru. Mereka masih lagi tidak mahu mengakui adanya masalah didalam PPU Kuantan. Menurut mereka gerakerja yang dijalankan mendapat sokongan dan respon yang positif tetapi dalam masa yang sama mereka menolak untuk mengadakan forum terbuka atas alasan tidak mahu ada perpecahan. Sedar atau tidak bahawa mereka sudah pun memecah-belahkan Pemuda UMNO Kuantan? NKP sudah tidak lagi dihormati oleh barisan jawatankuasa, ada dikalangan ahli jawatankuasa disisihkan, program hanya berkisar dikalangan cawangan-cawangan yang pro kepada KP sahaja dan cawangan-cawangan lain dibiar sepi tanpa pembelaan. Jentera Pemuda UMNO Kuantan tidak lagi gah seperti dahulu dan hanya beberapa kerat sahaja yang bergerak, itupun sekadar meluangkan masa sahaja.

Tiada lagi kedengaran program-program untuk Pemuda seperti dizaman YH Dato Suffian Awang menjadi KP. Ada yang langsung tidak mengenali siapa KP UMNO Kuantan. Gerakerja PPU Kuantan dikhabarkan mendapat respon yang positif tetapi sejauh mana kebenaranya sukar untuk dipastikan kerana menurut salah-seorang ahli jawatankuasa PPU Kuantan mereka melakukan banyak program “tetapi rekod program semua hilang”  . Alasan apakah ini yang diberi oleh AJK PPU Kuantan dan disokong oleh KP Kuantan? Rekod hilang? Masing-masing memiliki ‘smartphone’ dan sentiasa boleh merekodkan sebarang program melalui talian. Agak nampak BODOH alasan yang diberikan oleh AJK PPU Kuantan ini untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Jadi kini apa yang mereka mahukan adalah tempoh untuk menyusunkan semula barisan AJK PPU Kuantan. Mengapa tidak dilakukan dari awal-awal lagi? Mengapa mereka perlu membazir masa selama setahun? Dan jika tempoh diberi dan masih gagal juga adakah mereka akan meletak jawatan atau terus menghabiskan tahun ketiga untuk cukup sepenggal dan menjadikan PPU Kuantan terus mati?

Sila berundur jika tidak mampu untuk berdepan dengan masalah. Cadangan sudah diberi untuk menyelesaikan semua kemelut tetapi KP Kuantan masih berdegil dan tiada jalan penyelesaian dalam isu ini. Hanya ada 2 solusi yang tinggal untuk menyelesaikan kemelut, samada forum atau terus mengundur diri dari kepimpinan PPU Kuantan. Pilihan ditangan Nara Nordin dan AJKnya….

Oct
17

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan makin hari makin celaru dan ditambah pula kini pergerakan ini mengalami sindrom penafian yang amat kronik. Teruskan dengan penafian agar PPU Kuantan akan kekal menjadi satu pergerakan yang tiada fungsi. Mungkin mereka cukup puas hati dengan apa mereka lakukan kononnya program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baik, tetapi bila diusulkan forum terbuka untuk menjelaskan situasi pelbagai alasan yang diberikan. PPU Kuantan masih kekal sebagai pergerakan yang tidak mampu untuk mentransformasikan minda mereka sendiri.

Program yang dikhabarkan bergerak jelas sekali tidak langsung memberi kesan dan mereka masih menganggap tindakan mereka betul malahan lebih baik dari penggal lepas. Amat dangkal sekali penjelasan mereka itu. Jika sebelum ini mereka beria-ria mengatakan PPU Kuantan penggal lepas banyak kerosakan namun tiada satu kebaikan yang mampu mereka lakukan kini. Jika benar mereka melakukan gerakerja yang baik masakan begitu kuat kedengaran tentang kegagalan mereka memperkasakan PPU Kuantan.

Apa yang menarik sekali bila KP Kuantan sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa adanya perancangan oleh Ketua Bahagian untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap dirinya. Mengapa harus KP Kuantan mengaitkan Ketua Bahagian dalam kemelut ciptaannya sendiri? Sekali lagi Ketua Bahagian dipersalahkan, sebelum ini ketika perbahasan dimesyuarat Perwakilan Bahagian Kuantan wakil Pemuda sudah pun menyentuh tentang pihak bahagian tidak mahu membantu sekali gus mengambarkan Ketua Bahagian tidak cakna terhadap PPU Kuantan sehinggalah salah seorang perwakilan bahagian dengan terang-terangan bertanyakan kepada Ketua Bahagian sama ada beliau mempunyai masalah atau tidak dengan KP Kuantan dan Ketua Bahagian dengan jelas menjawab tiada masalah langsung. Jelas sekali KP dan PPU Kuantan sengaja cuba mencuit dan menyalahkan kepimpinan bahagian atas kepincangan PPU Kuantan.

Mengapa PPU Kuantan tidak langsung mahu memikul beban permasalahan yang dikemukan? Bila dicadangkan untuk mengadakan forum terbuka pelbagai alasan yang diberikan dan mereka menuduh pula saya menyentuh keluarga KP Kuantan dengan mengata ibubapanya. Adakah ini alasan mereka untuk cuba memberhentikan saya dari terus menyuarakan kelemahan dan ketidak sempurnaan PPU Kuantan? Masih lagi kekal dengan politik cara lama yang jelas tidak menghasilkan sebarang impak mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Mungkin benar sesuatu yang luar biasa akan berlaku malahkan ianya akan berlaku hingga mengakibatkan segalanya terbongkar. Sindrom penafian yang amat kronik dialami oleh PPU Kuantan akan memberi kesan bukan sahaja kepada PPU tetapi kepada seluruh organisasi UMNO itu sendiri.

Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah menyalahkan orang lain selain daripada diri mereka sendiri. KP pula tidak langsung mahu menerima pendapat orang lain dan terus mempertahakan apa yang mereka lakukan. Tiada statistik untuk memperkukuhkan kenyataan mereka hanya dengan cakap-cakap kosong. Adakan forum terbuka dan lihat sendiri penerimaan akarumbi jangan hanya pandai bercakap tanpa ada sebarang bukti. Jika hendak berpolitik biarlah berpolitik cara matang dan berani bukan dengan cara menyedapkan hati sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan kian lesu dan tiada langsung usaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Tiada forum terbuka membuktikan mereka tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan ahli umum dan menerima teguran. Kegagalan PPU Kuantan yang paling menyedihkan dan ianya akan kekal menjadi penggal kepimpinan yang amat memalukan.

Oct
16

image

Evolusi Politik Anak Muda Malaysia, program forum bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin berlangsung malam semalam dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tidak apalah sebab ini program peringkat nasional. Apa yang mahu saya sentuh adalah tentang Pemuda UMNO Kuantan, taglinenya Transformasi Akarumbi jelas dan terang tetapi dimanakah transformasinya?

Dimanakah yang Nara Nordin selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian kata transformasi? Apa kelebihan PPU Kuantan penggal ini dengan penggal lepas? Mungkinkah Nara Nordin mengatakan dirinya KP terbaik kerana dilantik bendahari PPU Negeri? YH Dato Suffian Awang mantan KP Kuantan mempunyai rekod 100 kali lebih cemerlang dari Nara Nordin. Exco kanan PPU Malaysia dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia pencapaian YH Dato Suffian Awang, jika dibandingkan dengan Nara Nordin amat-amat jauh sekali perbedaannya. Apa lagi yang dikatakan sebagai transformasi akarumbi dalam PPU Kuantan?

Jika benar Nara Nordin jujur dengan tagline transformasi akarumbinya sudah pasti dia berani untuk berforum dengan ahli-ahli PPU Kuantan. Tetapi mengapa dia menyepi sehingga kini? Dimanakah yang dikatakan sebagai transformasi dalam PPU Kuantan? Mungkinkah transformasi akarumbi hanyalah sebagai tagline semata-mata? Jika ini terjadi memang sudah jelaslah Nara Nordin sudah membohongi ahli-ahli PPU Kuantan semasa berkempen dahulu. Seluruh ahli-ahli PPU Kuantan telah memilih seorang pembohong sebagai ketua.

Sekali lagi saya ajukan soalan, dimanakah transformasi akarumbi yang dikatakan sebelum ini? Nara Nordin harus menjawab persoalan ini, buktikan dimana transformasi yang telah dijalankan. Jangan hanya sekadar tagline….