Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PPU Kuantan hadapi sindrom penafian yang kronik. @khairykj

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan makin hari makin celaru dan ditambah pula kini pergerakan ini mengalami sindrom penafian yang amat kronik. Teruskan dengan penafian agar PPU Kuantan akan kekal menjadi satu pergerakan yang tiada fungsi. Mungkin mereka cukup puas hati dengan apa mereka lakukan kononnya program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baik, tetapi bila diusulkan forum terbuka untuk menjelaskan situasi pelbagai alasan yang diberikan. PPU Kuantan masih kekal sebagai pergerakan yang tidak mampu untuk mentransformasikan minda mereka sendiri.

Program yang dikhabarkan bergerak jelas sekali tidak langsung memberi kesan dan mereka masih menganggap tindakan mereka betul malahan lebih baik dari penggal lepas. Amat dangkal sekali penjelasan mereka itu. Jika sebelum ini mereka beria-ria mengatakan PPU Kuantan penggal lepas banyak kerosakan namun tiada satu kebaikan yang mampu mereka lakukan kini. Jika benar mereka melakukan gerakerja yang baik masakan begitu kuat kedengaran tentang kegagalan mereka memperkasakan PPU Kuantan.

Apa yang menarik sekali bila KP Kuantan sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa adanya perancangan oleh Ketua Bahagian untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap dirinya. Mengapa harus KP Kuantan mengaitkan Ketua Bahagian dalam kemelut ciptaannya sendiri? Sekali lagi Ketua Bahagian dipersalahkan, sebelum ini ketika perbahasan dimesyuarat Perwakilan Bahagian Kuantan wakil Pemuda sudah pun menyentuh tentang pihak bahagian tidak mahu membantu sekali gus mengambarkan Ketua Bahagian tidak cakna terhadap PPU Kuantan sehinggalah salah seorang perwakilan bahagian dengan terang-terangan bertanyakan kepada Ketua Bahagian sama ada beliau mempunyai masalah atau tidak dengan KP Kuantan dan Ketua Bahagian dengan jelas menjawab tiada masalah langsung. Jelas sekali KP dan PPU Kuantan sengaja cuba mencuit dan menyalahkan kepimpinan bahagian atas kepincangan PPU Kuantan.

Mengapa PPU Kuantan tidak langsung mahu memikul beban permasalahan yang dikemukan? Bila dicadangkan untuk mengadakan forum terbuka pelbagai alasan yang diberikan dan mereka menuduh pula saya menyentuh keluarga KP Kuantan dengan mengata ibubapanya. Adakah ini alasan mereka untuk cuba memberhentikan saya dari terus menyuarakan kelemahan dan ketidak sempurnaan PPU Kuantan? Masih lagi kekal dengan politik cara lama yang jelas tidak menghasilkan sebarang impak mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Mungkin benar sesuatu yang luar biasa akan berlaku malahkan ianya akan berlaku hingga mengakibatkan segalanya terbongkar. Sindrom penafian yang amat kronik dialami oleh PPU Kuantan akan memberi kesan bukan sahaja kepada PPU tetapi kepada seluruh organisasi UMNO itu sendiri.

Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah menyalahkan orang lain selain daripada diri mereka sendiri. KP pula tidak langsung mahu menerima pendapat orang lain dan terus mempertahakan apa yang mereka lakukan. Tiada statistik untuk memperkukuhkan kenyataan mereka hanya dengan cakap-cakap kosong. Adakan forum terbuka dan lihat sendiri penerimaan akarumbi jangan hanya pandai bercakap tanpa ada sebarang bukti. Jika hendak berpolitik biarlah berpolitik cara matang dan berani bukan dengan cara menyedapkan hati sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan kian lesu dan tiada langsung usaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Tiada forum terbuka membuktikan mereka tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan ahli umum dan menerima teguran. Kegagalan PPU Kuantan yang paling menyedihkan dan ianya akan kekal menjadi penggal kepimpinan yang amat memalukan.

No Responses to “PPU Kuantan hadapi sindrom penafian yang kronik. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s