Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Setahun berlalu dan masih lagi PPU Kuantan tagih tempoh. @khairykj

Setahun lepas satu pasukan baru telah mengambil alih kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dengan misi yang cukup memberangsangkan. Misi untuk memperbaiki kelemahan dan kerosakan yang telah berlaku ketika PPU Kuantan dibawah kepimpinan YH Dato Suffian Awang. Misi untuk mengembalikan sokongan akarumbi dan membawa suara anak-anak muda didalam UMNO. Dengan slogan “Transformasi Akarumbi, dari akarumbi ke akarumbi” pasukan ini telah berjaya memenangi permilihan parti dengan amat bergaya sekali. Harapan telah diberikan oleh pasukan ini kepada akarumbi dan amanah dan mandat telah diberikan oleh akarumbi kepada mereka.

Berlalunya 12 bulan setelah barisan ini menduduki kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian namun janji tinggal janji, harapan tinggal harapan, amanah dan mandat diketepikan sama sekali. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan bukan sahaja mengecewakan malahan amat-amat memalukan. Dengan isu penglibatan KP Kuantan bersama KP 11 hinggalah pergeseran antara Pemuda dan Bahagian sudah cukup membuktikan akarumbi dikhianati oleh kepimpinan baru. Mereka masih lagi tidak mahu mengakui adanya masalah didalam PPU Kuantan. Menurut mereka gerakerja yang dijalankan mendapat sokongan dan respon yang positif tetapi dalam masa yang sama mereka menolak untuk mengadakan forum terbuka atas alasan tidak mahu ada perpecahan. Sedar atau tidak bahawa mereka sudah pun memecah-belahkan Pemuda UMNO Kuantan? NKP sudah tidak lagi dihormati oleh barisan jawatankuasa, ada dikalangan ahli jawatankuasa disisihkan, program hanya berkisar dikalangan cawangan-cawangan yang pro kepada KP sahaja dan cawangan-cawangan lain dibiar sepi tanpa pembelaan. Jentera Pemuda UMNO Kuantan tidak lagi gah seperti dahulu dan hanya beberapa kerat sahaja yang bergerak, itupun sekadar meluangkan masa sahaja.

Tiada lagi kedengaran program-program untuk Pemuda seperti dizaman YH Dato Suffian Awang menjadi KP. Ada yang langsung tidak mengenali siapa KP UMNO Kuantan. Gerakerja PPU Kuantan dikhabarkan mendapat respon yang positif tetapi sejauh mana kebenaranya sukar untuk dipastikan kerana menurut salah-seorang ahli jawatankuasa PPU Kuantan mereka melakukan banyak program “tetapi rekod program semua hilang”  . Alasan apakah ini yang diberi oleh AJK PPU Kuantan dan disokong oleh KP Kuantan? Rekod hilang? Masing-masing memiliki ‘smartphone’ dan sentiasa boleh merekodkan sebarang program melalui talian. Agak nampak BODOH alasan yang diberikan oleh AJK PPU Kuantan ini untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Jadi kini apa yang mereka mahukan adalah tempoh untuk menyusunkan semula barisan AJK PPU Kuantan. Mengapa tidak dilakukan dari awal-awal lagi? Mengapa mereka perlu membazir masa selama setahun? Dan jika tempoh diberi dan masih gagal juga adakah mereka akan meletak jawatan atau terus menghabiskan tahun ketiga untuk cukup sepenggal dan menjadikan PPU Kuantan terus mati?

Sila berundur jika tidak mampu untuk berdepan dengan masalah. Cadangan sudah diberi untuk menyelesaikan semua kemelut tetapi KP Kuantan masih berdegil dan tiada jalan penyelesaian dalam isu ini. Hanya ada 2 solusi yang tinggal untuk menyelesaikan kemelut, samada forum atau terus mengundur diri dari kepimpinan PPU Kuantan. Pilihan ditangan Nara Nordin dan AJKnya….

No Responses to “Setahun berlalu dan masih lagi PPU Kuantan tagih tempoh. @khairykj”

Leave a comment