Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Adakah bakal berlaku satu gelombang kebangkitan Melayu?

Ada kedengaran rayuan dari pihak-pihak tertentu agar tidak menghukum pengundi Cina atas apa yang berlaku pada PRU13 yang baru berlalu. Strategi masyarakat Cina untuk mengubah kerajaan gagal apa bila BN masih berdiri sebagai sebuah kerajaan dengan mandat rakyat.

Ini menyebabkan mereka didalam keadaan gementar kerana mereka mengharapkan ada berlakunya pertukaran kerajaan bila secara sepontan mereka membuat satu tsunami menolak calon-calon Barisan Nasional. Mereka sedar yang mereka telah melakukan satu kesilapan dan kini mereka hanya mampu merayu dan mengharapkan keajaiban yang akan berlaku.

Disebelah pengundi Melayu pula ada perasaan terkilan dan kecewa apabila untuk sekian kalinya masyarakat Melayu rasa tertipu dengan apa yang dilakukan oleh pengundi Cina. Kita dapat menyaksikan pengundi Melayu telah kembali kepada BN dan UMNO berjaya meningkatkan kedudukan kerusi parlimen melebihin 100 kerusi. Ini membuktikan UMNO masih relevan dan rakyat masih mengundi UMNO/BN.
Kekecewaan orang Melayu tidak dapat diselubungi lagi dan mungkinkah akan berlaku satu gelombang kebangkitan dan perpaduan Melayu ISLAM dalam masa yang terdekat. Situasi diSelangor memungkinkan akan berlaku satu pergolakan dikalangan Pakatan Rakyat. PAS menpunyai 15 kerusi DUN dan PKR hanya mempunya 12 kerusi DUN namun kedudukan MB bagi negeri itu mungkin akan diberikan kepada PKR. Ini percaturan DAP untuk menafikan kedudukan PAS didalam pakatan pembangkang.

Kita akan dapat menyaksikan ‘power tussle’ dikalangan pakatan pembangkan dan ini memungkinkan PAS mengistihar keluar dari pakatan. Jika ini benar-benar berlaku dan terjadinya perpaduan UMNO/PAS satu gelombang kebangkitan umat Melayu ISLAM bakal terjadi dan masyarakat Cina tidak mempunyai cara lain melainkan menerima apa yang bakal berlaku dimana kedudukan mereka diparlimen tidak segah sekarang.

Ini yang kita harapkan agar satu perpaduan dan kebangkitan Melayu ISLAM bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan negara kita. Sama-samalah kita berdoa agar ini menjadi satu kenyataan.

No Responses to “Adakah bakal berlaku satu gelombang kebangkitan Melayu?”

Leave a comment