Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila Melayu bersuara dikatakan rasis.

Sampai bila orang Melayu harus dipersalahkan jika menyeru kesatuan Melayu? Bila Melayu melaungkan penyatuan bangsa Melayu dengan pantas dilabelkan sebagai rasis.

Mengapa harus jadi sebegitu? Adakah orang Melayu tidak layak untuk menyeru supaya seluruh bangsa Melayu bersatu? Mengapa bangsa lain terutamanya bangsa Cina cukup takut dengan penyatuan orang Melayu?

Berdasarkan perlembagaan keutamaan harus diberikan kepada Melayu/Bumiputera dan seruan untuk bersatu langsung tidak menjejaskan atau melanggar perlembagaan persekutuan yang telah dipersetujui oleh semua kaum. Namun mengapa begitu fobia bila orang Melayu menyeru untuk bersatu?

Siapakah yang lebih rasis, orang Melayu ataupun puak-puak chauvinist yang tidak henti-henti mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu? Kerajaan Barisan Nasional dengan sedaya upaya menyeru untuk perpaduan kaum tetapi setiap apa yang dilakukan tetap dipersalahkan oleh golongan chauvinist.

Sudah terlampau banyak kerajaan BN membantu kaum-kaum lain sehinggakan orang Melayu ada yang masih dipinggirkan. Akhirnya dengan apa jasa dan budi yang ditaburkan oleh BN telah dibalas dengan pengkhianatan dalam PRU13.

Ketika ini bila bangsa Melayu cuba bangkit dan bersatu mereka menuduh bangsa Melayu sebagai rasis. Persoalannya adakah kita rasis bila menyeru saudara kita bersatu? Mengapa bila mereka bersatu dan menolak BN didalam PRU13 bukan satu tindakan rasis?

Kita hanya mahukan hak orang-orang Melayu agar tidak dipersoalkan. Bangsa Melayu juga mempunyai hak dan hak bangsa Melayu telah terpatri didalam perlembagaan. Bangsa Melayu tidak menafikan hak bangsa lain dan tidak merampas hak bangsa lain. Bangsa Melayu hanya menuntut hak mereka didalam perlembagaan. Adakah itu satu kesalahan?

BERDOSAKAH AKU DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG MELAYU?

3 Responses to “Bila Melayu bersuara dikatakan rasis.”

  1. Bersatulah bangsaku…buang ego.buang sombong.senyum.tegur sapa…bila lagi nak bersatu?puak chauvinist ni xtakut melayu kaya.tp dia takut melayu bersatu.kpd Umno jdkn PRU13 ni sbgai pelajaran…xguna lemakan chauvinist ni.dia gigit kita blk.

  2. Chauvinist ni yg rasis sbnarnya.klw kita kerja di tempat mrk 99% kita dianak tirikan.tp klw dia kerja dgn kita kita bg dia setaraf,kita layan dia baik hingga kita tolak melayu sendiri..sudahlah..jgn bg muka sgt kt cin* n indi* ni.makin bg makin lemak..
    Pokoknya kita melayu ni klw sesama kita,kita bergaduh tp klw dgn keli** n cin* kita bg kpala apa dia ckp kita sengih.kita angguk..dgn org luar kita baik sgt kita layan sgt hinggakan bukit n gunung pun kita bg.tp sesama kita?sampah pun jd isu utk bgaduh..

  3. Kita xusah lihat jauh..kita lihat dijalan raya sudah betapa rasis n kurang ajar mereka..sepatutnya kita KING kt malaysia ni..xpa masih ade masa untuk Umno betulkan keadaan n jadikan iktibar mulai sekarang…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s