Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan jadi rasis! Sila tutup Sekolah Jenis Kebangsaan.

Jangan bersikap rasis, ungkapan dari golongan-golongan tertentu untuk menutup sikap rasis mereka sendiri kepada orang Melayu. Kita bercakap soal perpaduan Melayu ISLAM sudah pasti akan dikatakan sebagai rasis.

Memang boleh kita sebagai orang Melayu ISLAM tidak bercakap soal perpaduan Melayu ISLAM tetapi dengan syarat, iaitu tutup sekolah jenis kebangsaan yang jenis bersikap rasis. Mengapa kita perlu ada sekolah jenis kebangsaan? Mengapa tidak boleh kita hanya mempunyai satu aliran sekolah? Susah sangatkah untuk mengharmonikan bangsa Malaysia?

Punca yang paling utama yang menyebabkan adanya jurang perkauman adalah kerana kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Anak-anak dididik dengan bahasa ibunda hinggakan mengenepikan bahasa kebangsaan negara ini. Bila ada jurang dan berdedaan komunikasi maka munculah jurang antara kaum. Ini amat jelas sekali dan bila ada jurang perkauman tidak dapat dielakan perasaan rasis yang agak menebal.

Tidak perlulah kita sibuk tentang soal keharmonian kaum sedangkan punca jurang perkauman adalah dari sistem pendidikan negara yang terlampau bersifat perkauman dengan adanya sekolah aliran. Kerajaan harus bertegas dan menutup sekolah jenis kebangsaan jika mahu rakyat Malaysia hidup sebagai bangsa Malaysia.

Kita akan dapat melihat siapa sebenarnya yang rasis jika kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sekolah jenis kebangsaan. Adakah Melayu yang rasis atau mereka yang lebih rasis. Jika diperhatikan kerajaan mempunyai asas untuk menutup sekolah jenis kebangsaan kerana didalam perlembangaan sendiri amat jelas mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pendidikan kebangsaan harus diberi keutamaan dan tiada sebarang kenyataan didalam perlembangaan menyatakan tentang kewajiban menubuhkan sekolah jenis kebangsaan.

Demi keharmonian kaum, kerajaan harus menimbangkan untuk menutup sekolah jenis kebangsaan dan menumpukan kepada sekolah aliran kebangsaan. Cukup sudah kita dilabel rasis sedangkan kita hanya menurut apa yang dipersetujui didalam perlembangaan.

No Responses to “Jangan jadi rasis! Sila tutup Sekolah Jenis Kebangsaan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s