Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP Pekan berjiwa besar, KP Kuantan kekal pondan. @khairykj

image

Seorang ketua yang berjiwa besar walaupun diserang dimaki dan dicaci tetap akan berdepan dengan semua masalah yang timbul. Kita dapat lihat bagaimana KP Pekan Shah Ahmad dengan tenang hadir kemesyuarat Pemuda UMNO Negeri Pahang untuk melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri. Tiada alasan lain lagi untuk kita tidak menghormati Shah Ahmad. Pernah digelar penipu dan mengkhianati kawan-kawan tetapi dia tetap hadir untuk berdepan dengan manusia-manusia yang rakus menolak perlantikannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri. Inilah nilai seorang pemimpin muda yang kita harus cari dan gilap bagi menjadikan penyambung dalam perjuangan UMNO. Pemimpin muda yang berjiwa besar dan tidak mudah goyah, mampu berdepan dengan masalah dan mampu membuat pengorbanan yang besar.

Lain pula dengan KP Kuantan Nara Nordin, individu yang tiada nilai kepimpinan langsung. Individu yang sentiasa membawa masalah kedalam parti. Sering kali dia mengaitkan masalah peribadinya dengan parti kononnya orang ingin menjatuhkannya melalui politik. Agak janggal bila mendengar kenyataan KP Kuantan ini. Siapa pula yang dengki dengan dia? Mungkin dia takutkan bayang-bayangnya sendiri setelah segala dosa dan pembohongan yang dia lakukan sebelum ini kembali timbul. Nara Nordin jika dibandingkan dengan Shah Ahmad umpama langit dan bumi, Shah Ahmad seorang yang mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan pusat dan beliau adalah pegawai khas kepada Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Menteri diJabatan Perdana Menteri. Siapa pulak Nara Nordin? Pegawai Khas menteri mana? Jutawan mana? Ahli politik hebat mana? Jawapannya sudah tentu Nara Nordin tiada siapa yang kenal, justeru mana mungkin ada orang yang dengki atau mahu menjatuhkannya sedangkan tiada siapa yang mengenali dia.

Cukup mudah untuk Nara Nordin ini menyalahkan orang lain atas kelemahannya, seringkali dia cuba menuduh orang lain mempunyai hasrat untuk menjatuhkanya sebagai Ketua Pemuda, harus diingat dialog yang sama juga dia gunakan ketika menjadi AJK Pemuda Kuantan. Sebenarnya dialah individu yang seringkali mempunyai cubaan untuk menjatuhkan orang lain. Bermula dari Geng 9 dia mengetuai kumpulan untuk menentang Ketua Pemuda ketika itu YH Dato Suffian Awang, dia mengunakan AJK-AJK lain untuk menyuarakan rasa tidak puas hati tetapi dalam masa yang sama dia menghasut Dato Suffian Awang untuk mengambil tindakan terhadap AJK-AJK lain walhal dialah individu yang mengepalai Geng 9.

Pelbagai lagi isu yang boleh didedahkan kepada umum bagaimana Nara Nordin ini menipu kawan-kawan lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Isu 1MDB, isu pengaihan projek dan pelbagai lagi isu yang mungkin umum tidak mengetahui. Bukan itu sahaja, Nara Nordin tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan olehnya sendiri. Dia akan menyerahkan masalah itu kepada kepimpinan bahagian untuk menyelesaikan bagi pihaknya. Jauh berbeza dengan Shah Ahmad yang berdepan sendiri dengan pengkritiknya dan menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi Nara Nordin masalah yang timbul dia akan menolak tepi kerana ada orang lain akan menyelesaikan baginya.

Perbezaan ketara antara 2 ketua pemuda bahagian, seorang berjiwa besar dan seorang kekal penakut dan sering menimbulkan masalah. UMNO perlu teliti semula kedudukan KP-KP yang bakal menjadi liabiliti kepada parti secepat mungkin. Demi agama dan bangsa UMNO dan KPUM harus bertindak…

One Response to “KP Pekan berjiwa besar, KP Kuantan kekal pondan. @khairykj”

  1. Syabas KP Pekan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s