Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sampai bila KP Kuantan mahu hidup dgn menipu? @khairykj

Makin hari makin banyak maklumat tentang Ketua Pemuda UMNO Kuantan yang disampaikan pada saya. Bukan saya mencari maklumat tetapi orang yang menyampaikan kerana mereka sedar yang Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini seorang munafiq. Mengapa dia harus terus membohongi orang ramai dan sampai bila orang ramai harus dibohongi?

Saya tidak mahu menyentuh soal moral Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini, pada saya biarlah soal moralnya didedahkan oleh orang lain, yang penting bagi saya soal keupayaannya sebagai ketua. Kegagalannya untuk berdepan dengan masalah dan menyelesaikan masalah menjadi keutamaan. Kita perlu seorang ketua yang menjadi ‘problen solver’ bukan menjadi ‘problem creator’. Umpama kata-kata dalam bahasa Inggeris “a good leader should be able to solve problems not become a part of the problems” . Ini amat jelas sekali tanpa boleh dipertikaikan seperti apa yang dilakukan oleh KP Kuantan ini dimana dia adalah sebahagian dari masalah dan dia terus membuat masalah dengan mengheret semua orang dalam masalah yang sepatutnya dia selesaikan sendiri.

Ini bukan perkara baru, KP Kuantan ini memang gemar mengheret orang lain dalam masalahnya baik masalah peribadi mahupun soal parti. Dia sudah dikenali sebagai manusia yang pandai mencari masalah tetapi tidak mahu menyelesaikannya. Rakan-rakan yang pernah bersamanya dahulu cukup kenal dengan sikap KP Kuantan ini. Bila sudah gagal menyelesaikan masalah dia mula menuduh orang lain cuba menjatuhkan dia sedangkan dia lupa siapa yang membantu untuk menyelesaikan masalah yang dia sendiri cari. Hingga kini masih lagi dia dengan sikap yang sama dan lebih memburukan keadaan dia akan terus berbohong.

Mengapa sehingga kini dia selaku ketua gagal untuk menyahut cabaran untuk mengadakan forum terbuka? Jawapanna mudah, kerana dia sendiri takut orang ramai tahu tentang pembohongan dia selama ini dan takut akan kebenaran. Apa yang mampu dia lakukan sekarang hanyalah membiar akarumbi mendengar sebelah pihak iaitu dari pihak dia sahaja dan dia akan berusaha untuk memastikan akarumbi tidak tahu tentang perkara yang sebenar. Tidak cukup dengan itu dia mengunakan UMNO Bahagian untuk menyelesaikan masalahnya terutamanya Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Sudah terang lagi bersuluh KP Kuantan terus menjadi macai kepada TKB.

Kita ketepikan soal TKB kerana saya tidak berminat untuk menyentuh soal ini kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya tahu tentangnya. Kita kembali kepada soal KP Kuantan dan pembohongannya. Jika kita sentuh soal moralnya mungkin ramai akan terkejut kerana perwatakannya tidak sama dengan apa yang kita sangka tapi biarlah ALLAH swt membuat perhitungan denganya sendiri, bukan tugas kita untuk menghukum sesama manusia. Pada saya makin terang dan jelas bila orang yang rosak moralnya jika diberi peluang menjadi ketua rosak jugalah kesatuannya.

KP Kuantan ini sebenarnya tiada kelayakan untuk menjadi ketua atas pelbagai sebab, contohnya:

1- Moral

2- Tidak jujur

3- Tidak menepati janji

4- Suka membuat masalah

5- Tidak mampu bercakap benar

6- Tidak mampu menyelesaikan masalah

7- Tidak mahu menerima nasihat

8- Suka memecah belahkan orang lain

9- Menghukum orang yang tidak mahu menerima pendapatnya

10- Sentiasa berbohong kepada orang lain

11- Tamak haloba

Ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang boleh diketengahkan dan saya akan terus mendedahkan pelbagai lagi isu tentang KP Kuantan ini. Pendedahan akan terus berlaku sehinggalah KP Kuantan ini mengadakan forun terbuka dan beri penjelasan kepada semua. Jika tidak saya akan terus mendedahkan satu per satu dan yang pastinya dia akan kata dirinya difitnah. Saya akan terus dedahkan dengan bukti kelakuan KP Kuantan ini untuk memastikan segala penipuan KP Kuantan ini akan berakhir. Saya secara peribadi bukanlah manusia seperti KP Kuantan yang suka memfitnah, saya lebih selesai jujur dan kemukan pelbagai bukti. Jadi jika KP Kuantan mahu mematahkan segala apa yang bakal saya dedahkan pastikan KP Kuantan kemuka bukti yang kukuh bukan hanya cakap-cakap mulut.

Cukup-cukuplah berbohong, jadilah ketua yang jujur dan janganlah terus menjadi munafiq…

No Responses to “Sampai bila KP Kuantan mahu hidup dgn menipu? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s