Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ketua PPU Kuantan harus contohi Jokowi. @khairykj

image

Saya tertarik dengan kata-kata Presiden Republik Indonesia yang baru Bapak Jokowi “Pemimpin harusnya menderita….bukan menikmati” . Ketua PPU Kuantan harus memahami apa itu pemimpin, kalau tidak rela untuk menderita janganlah jadi pemimpin. Mudah sahaja sifirnya, kalau tidak daya menerima kritikan letak sahaja jawatan yang ada. Saya menerima berita dimana Ketua PPU Kuantan amat-amat terkesan dengan serangan yang dihalakan kepadanya. Dia juga mengadu kepada pemimpin-pemimpin dibahagian tentang apa yang berlaku. Persoalannya cukupkah dengan hanya mengadu wahai Ketua PPU Kuantan? Adakah dengan mengadu dan mendendangkan kisah sedih kamu keluar masuk hospital dapat menyelesaikan masalah? Kesian…..

Serangan dan kritikan tidak akan berhenti disitu sahaja selagi Ketua PPU Kuantan tidak bertindak untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Untuk menyelesaikan masalah berbangkit Ketua PPU Kuantan harus menyahut cabaran untuk mengadakan forum terbuka bukan dengan cara menyorok dibelakang pemimpin bahagian dan berharap mereka akan menyelesaikan masalah PPU Kuantan untuknya. Jika ikut pendekatan Ketua PPU Kuantan, amat jelaslah bahawa dia tidak lagi layak untuk memimpin PPU Kuantan. Tiada alasan lain untuk dia terus bersembunyi dibelakang UMNO Bahagian atau terus bersembunyi dihospital.

Perlukah Ketua PPU Kuantan terus mengheret permasalahan ini tanpa ada penyelesaian? Mengapa dia amat takut untuk berdepan dengan ahli PPU Kuantan secara terbuka? Takut dimalukan atau memang tidak mampu untuk memberi penjelasan tentang kemusnahan PPU Kuantan? Takut untuk membuat penjelasan tentang apa yang sudah dilakukan untuk PPU Kuantan? Mengapa perlu takut jika Ketua PPU Kuantan ini dengan yakin menyatakan dia mendapat sokongan majoriti? Takut rahsia dan keburukan terbongkar mungkin? Dia sepatutnya mencontohi Bapak Jokowi kerana dia bertanding dengan slogan marhaen dan akarumbi jadi tidak ada apa-apa masalah untuk berterus-terang jika dia masih lagi mengutamakan akarumbi.

Tidak perlu takut wahai Ketua PPU Kuantan, jadilah pemimpin yang berani bukan pemimpin bachul yang sentiasa berselindung dibalik orang-orang tertentu. Janganlah terus memalukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Selagi Ketua PPU Kuantan menyepikan diri selagi itu sayap parti ini akan digelar anjing kurap. Hanya tahu menempel tanpa ada sebarang usaha untuk memperkasakan PPU Kuantan. Jika pemimpinnya bachul sudah pasti seluruh pergerakan juga kehilangan telurnya.

Ketua PPU Kuantan….terima sahajalah cabaran untuk mengadakan forum terbuka….masa sudah tiada dan kamu makin menyusahkan parti….

No Responses to “Ketua PPU Kuantan harus contohi Jokowi. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s