Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mengapa KP Kuantan gemar menabur fitnah? @khairykj

Al-Baqarah : 191

“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan”

Pada entri kali ini saya akan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku agar semua memahami dan mengerti bahawa KP Kuantan memang gemar menabur fitnah.

Sudah acapkali saya secara peribadinya mendengar KP Kuantan menyebarkan bahawa sebab saya mengkritik dia kerana saya tidak mendapat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan ada juga dikalangan AJKnya yang memfitnah saya dan turut disokong olehnya saya mengkritik kerana saya dibayar oleh mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Sdr Hazrin Basri. Biarlah kali ini kebenaran menjadi lebih jelas.

Saya juga telah dituduh mempunyai satu akaun Facebook dibawah nama Jaafar Saidon yang cukup hebat mengkritiknya. Saya akan menjelaskan satu persatu pada entri kali ini dan mencabar Nara @ Nikman b. Nordin untuk menafikan segala apa yang saya kemukan dalam entri ini. Saya juga mencabar Nara @ Nikman b. Nordin untuk berdebat dengan saya secara terbuka jika benar dia bukan seorang yang bachul.

Saya, Ezad b. Zainal mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan telah dilantik oleh YH Dato Suffian b. Awang mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan penggal lepas untuk membantunya mengatur gerakerja kerana beliau telah menjadi calon parlimen P083 Kuantan pada PRU13 yang lepas. Nara @ Nikman b. Nordin ketika itu adalah AJK Pemuda Bahagian dan dialah juga manusia yang menentang perlantikan saya oleh YH Dato Suffian Awang.  Atas alasa apa dia menentang perlantikan saya memang tidak diketahui. Mereka yang mempertahankan saya adalah Hazrin Basri selaku Naib Ketua Pemuda ketika itu, Najib Mohd mantan PSU, Mazlisham Mahi selaku AJK dan beberapa AJK-AJK lain. Cukup kuat Nara @ Nikman b. Nordin ini menentang perlantikan saya ketika itu. Ini adalah fakta, mohon dia menafikan dan bersumpah benar atau tidak?

Keduanya, saya telah mengenepikan orang-orang yang bertanggungjawab mempertahankan perlantikan saya dan membuat keputusan untuk menyokong Nara @ Nikman b. Nordin ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda atas dasar persahabatan bukan atas dasar mengejar jawatan. Setelah Nara @ Nikman b. Nordin memenangi jawatan Ketua Pemuda, saya masih lagi menyokongnya dan terus membantunya dalam mengatur gerakerja. Saya juga telah berkali-kali mengesah dia untuk mengisi dan melantik sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kuantan kerana status saya tidak melayakan saya menduduki jawatan tersebut. Namun tiada satu pun tindakan yang dilakukannya. Kini dia menyebarkan cerita fitnah bahawa saya mengkritik kerana tidak dapat jawatan. Mohon dia menafikan dan bersumpah benar atau tidak?

Ketiganya, AJK Pemuda Bahagian Kuantan telah menabur fitnah kepada saya bahawa saya telah dibayar oleh Sdr Hazrin Basri untuk menyerang PPU Kuantan dan Nara @ Nikman b. Nordin tidak langsung menafikan itu. Saya cabar mereka untuk membuktikan itu semua dan jika gagal maka jelaslah PPU Kuantan dipenuhi oleh penipu dan kaki fitnah. Mohon dia menafikan dan bersumpah benar atau tidak?

Keempat, mereka menuduh saya mempunyai akaun Facebook atas nama Jaafar Saidon, saya menuntut agar mereka kemukan bukti secara segera jika benar itu akaun Facebook saya. Mohon dia menafikan dan bersumpah benar atau tidak?

Kelima, saya mendesak untuk diadakan forum terbuka kerana saya sendiri dan ramai rakan-rakan lain menyaksikan kemusnahan yang dilakukan oleh Nara @ Nikman b. Nordin terhadap PPU Kuantan. Saya mendesak agar Nara @ Nikman b. Nordin membuat penjelasan kepada semua secara terbuka dan beri jaminan untuk memperbaiki  keadaan PPU Kuantan. Mengapa Nara @ Nikman b. Nordin takut untuk berdepan dengan akarumbi? Mengapa dia sanggup menabur fitnah dan terus menipu? Mana maruah dia sebagai Ketua Pemuda yang dipilih? Mengapa dia masih lagi dengan sikap lama sering melarikan diri daripada masalah? Cukup-cukuplah menipu dan menagih simpati. Jadilah ketua yang lebih bertanggungjawab bukan ketua yang bachul dan penakut.

SAYA MENCABAR NARA @ NIKMAN B. NORDIN AGAR BERDEPAN DENGAN SAYA DAN SELURUH AKARUMBI DAN MENAFIKAN SEGALA-GALANYA. SAYA JUGA MENCABAR NARA @ NIKMAN B. NORDIN UNTUK BERDEBAT DENGAN SAYA SECARA MATANG BUKAN DENGAN CARA PENGECUT SEPERTI SEKARANG.

No Responses to “Mengapa KP Kuantan gemar menabur fitnah? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s