Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tindakan KP Kuantan bakal menyusahkan UMNO Bahagian Kuantan. @khairykj

Pemuda A: Bro, mcm mana cerita ni? KP boleh tukar org ikut suka hati dia masa mesyuarat bahagian?

Pemuda B: Tukar mcm mana bro?

Pemuda A: Aku nampak KP dtg ke meja pendaftaran dgn AJK yg tk hadir masa mesyuarat Pemuda kecoh2 mintak masukan nama AJK tu dlm senarai G10 Pemuda.

Pemuda B: Mcm mana jadi mcm tu? Siapa yg jaga pendaftaran?

Pemuda A: SUK Pemuda ada, lagi seorg aku tk perasan tapi memang confirmed KP suruh AJK tu tulis nama dlm senarai G10. Kecoh ni bro…lps tu AJK ni pulak berucap sokong usul Pemuda ke bahagian. Boleh ke mcm tu?

Pemuda B: Tak boleh rasanya sebab nama dlm senarai G10 semua dh dipersetujui masa dlm mesyuarat Pemuda dulu. Ni kes berat ni..

Pemuda A: Aku dengar KP cakap dia akan jawab nanti.

Pemuda B: Nak jawab mcm mana, suruh buat forum terbuka pun tk berani…..ada saksi kita boleh bawa perkara ni ke atas terus.

Diatas adalah petikan dari perbualan antara ahli akarumbi terhadap tindakan KP Kuantan dengan sewenang-wenangnya membelakangkan suara akarumbi. Satu tindakan yang tidak langsung menunjukan rasa hormat kepada tata etika parti. Bila ini berlaku dan jika ianya dibawa ketengah boleh menjadikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan terbatal. Adakah ini yang dimahukan oleh KP Kuantan? Adakah memang ini perancangan dia selama ini untuk menghancurkan parti UMNO?

Atas dasar apa KP Kuantan mahu mengunakan kuasanya menentukan semua sedangkan dia pernah mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin ketika menggunakan kuasa mutlaknya melantik KPN. Kini dia mahu menggunakan kuasa dia menentukan segala-galanya? Akarumbi mahukan penjelasan dari KP Kuantan, mengapa dia mengambil keputusan tanpa mendahulukan kepentingan akarumbi? Jika dia sanggup melakukan semua ini tidak mustahil ada banyak lagi perkara-perkara yang dia lakukan telah mengenepikan suara akarumbi. Adakah dia ingin menjadikan PPU Kuantan ini sebagaibhak milik peribadi dia?

Semakin hari semakin banyak keburukan yang dilakukan oleh KP Kuantan ini. Sudah tidak perlu lagi kita menanti dan berharap dia akan menjelaskan kerana yang pastinya KP Kuantan akan terus menyusahkan akarumbi dan merosakan PPU Kuantan. Inilah akibatnya jika kita memilih ketua atas dasar simpati dan atas dasar sahabat kerana dengan simpati dan persahabatan tidak dapat menjaminkan kejayaan.

Akarumbi menuntut pihak Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dibawah pimpinana YB Khairy Jamaluddin akan mengambil berat tentang penyelewengan KP Kuantan ini. Siasatan harus dibuat dan tindakan juga wajib diambil kerana ini melibatkan nama baik Pergerakan Pemuda UMNO. PPU Kuantan tidak mahu seorang ketua yang kuat berbohong dan mengunakan kuasa sesuka hati serta memecah-belahkan jentera Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Akarumbi mahukan ketua yang tegas dan mampu menjalankan tanggungjawab sejujur-jujurnya bukan ketua yang hanya bijak berlakon.

Janganlah jadikan PPU Kuantan mangsa keadaan, ambil tindakan pecat atau gantung jawatan terhadap KP Kuantan dengan kadar segera sebelum PPU Kuantan punah dan hancur…

No Responses to “Tindakan KP Kuantan bakal menyusahkan UMNO Bahagian Kuantan. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s