Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sekali lagi KP Kuantan rasa tergugat. @khairykj

Berani kerana benar, takut kerana salah itu ungkapan yang amat sesuai kepada Ketua Pemuda UMNO Kuantan. Takut untuk berdepan dengan kritikan dia sanggup menyebarkan berita-berita separuh masak semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri. Mengarahkan anjing-anjing suruhannya menjatuhkan kredibiliti pengkritik demi menjaga periuk nasi sendiri. Sudah-sudahlah wahai KP Kuantan, lakonan kamu amat menyedihkan. Berlakon warak walhal hakikat sebenarnya kamu seorang penipu besar.

Jika PPU Kuantan terus memberi sokongan kepada KP yang ada sekarang sudah pasti UMNO akan terus terkulai layu diKuantan dan sudah pasti satu-satunya kerusi DUN buat UMNO juga akan tumbang. Ketua Pemuda pembohong dan pengecut tidak sanggup berdepan dengan akarumbi secara terbuka. Cabaran sudah dilontarkan tetapi masih lagi menyepi. Mengapa takut hendak berdepan dengan akarumbi secara terbuka jika tidak bersalah?

Tindakan KP Kuantan pada mesyuarat perwakilan UMNO Kuantan tempoh hari amat memalukan. Memaksa pendaftar memasukan nama individu yang bukan seorang wakil G10 dan yang tidak hadir ketika mesyuarat Pemuda Bahagian membuktikan KP Kuantan ini tidak hormat langsung kepada tata cara persidangan dan perlembagaan parti. Tindakan KP Kuantan ini memungkinkan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuantan terbatal sama sekali. Jenis apakah ketua yang dipilih ini? Perlukan kita memberi sokongan kepada individu yang tidak pernah hormat pada peraturan parti? Sejak mula dipilih dia sudah melanggar pelbagai peraturan parti bersama Geng 11. Ketika mesyuarat pemuda bahagian juga dia telah mempersoalkan tindakan MKT mengantung 2 KP bahagian di Pahang.

Bila dicabar untuk berdepan dengan akarumbi dia menyepikan diri dan tidak langsung mempedulikan saranan tersebut. Sebaliknya dia berselindung disebalik ‘puppet master’ diUMNO Bahagian. Penakut dan bachul ketua Pemuda UMNO Kuantan. Apa yang akarumbi mahukan hanyalah satu forum terbuka bukannya tuntutan perletakan jawatan, jika ini pun tidak mampu dia penuhi apa yang boleh diharapkan oleh akarumbi terhadap KP Kuantan ini? Dengan lain kata KP Kuantan ini ‘APA PUN TAK BOLEH‘. Jika diberikan tanggungjawab sudah terbukti setiap kali dia akan gagal melaksanakannya.

Apa tujuan KP Kuantan ini melibatkan diri dalam politik? Mencari kekayaan atau demi perjuangan? Carilah jawapannya…..

No Responses to “Sekali lagi KP Kuantan rasa tergugat. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s