Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila orang kerdil mampu buat KP Kuantan hilang akal. @khairykj

Amat menakjubkan bila ada orang kerdil mampu mengoyangkan KP Kuantan sehingga perlukan orang-orang tertentu untuk mempertahankan dia. Apa yang lebih menarik mereka-mereka yang mempertahankan Nara Nordin adalah anak-anak makan suap ‘puppet master’ UMNO Bahagian Kuantan. Siapa ‘puppet master’ UMNO Bahagian Kuantan? Tidak perlulah diterangkan disini kerana amat jelas dan amat terang siapa yang mampu melakukan semua itu.

Ramai mempersoalkan artikel-artikel yang ditulis didalam blog ini kononnya bersifat dayus, bersifat serkap jarang. Sebenarnya yang bersikap dayus adalah mereka yang tidak memahami dan hanya pandai berkata seperti sdr Zaidi Omar. Tiada satu usaha dia dalam pembangunan parti kecuali dengan kata-kata melambung-lambung tanpa tindakan. Dangkal sungguh pemikiran seorang guru seperti Zaidi Omar. Apa yang dituliskan sejak awal didalam blog ini ialah sikap Nara Nordin buka telaan atau tuduhan. Sikap Nara Nordin yang tidak mahu berdepan dengan masalah dan tidak berani memberi penjelasan kepada akarumbi.

Peluang sudah diberi tetapi dia sebagai KP UMNO Kuantan langsung tidak menghormati akarumbi. Adakah ini yang kita mahu? Apa yang dituntut adalah forum terbuka untuk mendapat penjelasan dari Nara Nordin, salahkah jika kita mahu KP UMNO Kuantan beri penjelasan dalam forum yang teratur? Mungkin orang seperti Zaidi Omar masih kolot dalam politik matang yang cuba dibawa dalam kepimpinan muda UMNO. Nasihat kami pada Zaidi Omar supaya kurangkan bercakap dan banyakan melihat dan memahami keadaan sekeliling. Bukan semua guru itu bijak dan cerdik.

Jika Nara Nordin melakukan perkara yang baik dan telah melakukan yang terbaik masalah tidak akan timbul. Apa yang dituntut adalah penjelasan ikhlas yang tidak pernah Nara Nordin tunaikan. Jika Nara Nordin rasakan dia benar masakan dia terpaksa meminta bantuan dari ‘puppet master’ untuk mengarahkan anak-anak makan suapnya membantu mempertahankan Nara Nordin? Jelas sungguh situasi ketika ini. Nara Nordin dibawah bayangan ‘puppet master’ yang merosakan PPU Kuantan sehingga kini lebih bachul dari penulis yang menuntut untuk berhadapan dengan akarumbi demi kebenaran dalam sayap PPU Kuantan.

Jika tidak mampu berdepan dengan akarumbi dan terus dengan cara menipu akarumbi dengan fitnah dan cerita-cerita rekaan yang sering dilakukan oleh KP Kuantan ini lebih baik lepaskan jawatan dan senyap. Perkara ini akan terus dimainkan selagi Nara Nordin tidak berani berdepan dengan akarumbi dalam forum terbuka…

No Responses to “Bila orang kerdil mampu buat KP Kuantan hilang akal. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s