Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Benarkah ada penyelewengan yang dilakukan oleh KP Kuantan? @khairykj

image

Merujuk kepada petikan ‘comment’ Facebook diatas mungkinkah ada berlakunya penyelewengan oleh KP Kuantan? Diatas ada ‘comment’ yang merujuk kepada wakil G10 yang tidak hadir ketika mesyuarat Pemuda bahagian tetapi namanya muncul dimesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuantan. Maklumat yang diterima wakil G10 yang namanya ‘diselit’ ketika mesyuarat UMNO bahagian juga telah berucap menyokong usul yang dibawa oleh wakil Pemuda.

Bagaimana ini semua boleh terjadi dan apa tindakan yang boleh dilakukan oleh kepimpinan terhadap KP Kuantan yang jelas tidak mematuhi garis panduan mesyuarat. Adakah kita perlu membiarkan semua ini berlaku? Segala kekalutan ini mungkinkah kita akan menyapunya dibawah permaidani? Sampai bila AJK-AJK bahagian mahu menjadi juara menyelamatkan PPU Kuantan? Dimanakah ‘accountability’ Nara Nordin selaku KP yang sepatutnya bangkit dan memberi penjelasan? Perlukan tindakan drastik diambil umpamanya membatalkan mesyuarat perwakilan bahagian semata-mata kerana kekalutan dan penyelewengan yang dilakukan oleh KP Kuantan ini? Sekali lagi kita lihat bagaimana pihak lain menjadi mangsa kerana ‘kebodohan’ KP Kuantan yang buta perlembagaan dan buta hala tuju parti.

Penyelewengan tetap penyelewengan walaupun sekecil hama sekalipun ianya akan tetap menjejaskan kredibiliti parti dan pihak yang bertanggungjawab wajib dikenakan tindakan yang keras bagi menyelamatkan UMNO Kuantan. Dalam hal ini yang jelas bertanggungjawab ialah KP Kuantan itu sendiri Nara Nordin. Siasat dan ambilah tindakan yang keras. Ini bukan kali pertama dia memalukan parti tetapi sudah berkali-kali.

MOHON AMBIL TINDAKAN DENGAN KADAR SEGERA. TITIK!!!

Advertisements

No Responses to “Benarkah ada penyelewengan yang dilakukan oleh KP Kuantan? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s