Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Apa kesudahan dengan KP ‘PEMBOHONG’ Kuantan? @khairykj

PPU Kuantan kian hari kian bergolak, makin hangat suasana PPU Kuantan dengan serangan dan kritikan yang langsung tidak diambil pusing oleh Nara Nordin sekali Ketua Pemuda. Yang paling menyedihkan bila dia menyerahkan tugas untuk mempertahankan PPU Kuantan kepada orang yang tiada kaitan langsung kaitan dengan pergerakan pemuda sedangkan dia mempunyai barisan AJK sendiri yang sepatutnya mempertahankan tindakan mereka. Makin hari makin banyak pula pembohonga Nara Nordin yang dibongkar. Bayangkanlah seorang Ketua Pemuda yang kuat membohongi akarumbi semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Kini bila dilantik sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Pahang makin terserlah politik sombong dan bermuka-mukanya dikhalayak ramai. Soal kegagalannya memperbetulkan PPU Kuantan diketepikan dengan mengunakan pendekatan menabur wang ringgit, mengapa dia tidak melakukan seperti itu sebelum ini? Kerana tidak mampu untuk berkorban harta demi parti atau kerana mengejar projek dari parti? Jelas bukan? KP Kuantan ini telah berbohong pada semua ketika terlibat didalam Geng 11. Tidak pernah dijelaskan mengapa dia mengabaikan PPU Kuantan sebelum ini. Selama setahun lebih PPU Kuantan longlai dan tidak bermaya malahan ada cawangan yang mati terus akibat dari tindakan dia selaku KP Kuantan.

Ramai mempersoalkan sama ada KP Kuantan ini menjadi alat kepada TKB UMNO Kuantan namun tidak perlulah dijelaskan tentang isu tersebut kerana semua tahu bahawa KP Kuantan ini sebelum diumunkan siapakah calon bagi Parlimen Kuantan PRU13 memang menjadi pengikut tegar TKB UMNO Kuantan tetapi bila diumumkan siapa calon itu secara otomatisnya KP Kuantan ketika itu AJK Pemuda bahagian membuat U-Turn mengejar dan menyelit dicelah calon. Acapkali KP Kuantan ini bermain politik hingga memijak rakan-rakan yang lain. Sejarah tidak akan menipu dan segalanya sudah diketahui ramai.

Pembohongan KP Kuantan sudah tidak mampu ditutup lagi dan pendedahan akan terus dibuat dalam masa yang terdekat ini. Satu per satu tentang sikapnya akan didedah. Kita akan berhujah berdasarkan fakta bukan menyerang peribadi kerana kita mahu politik matang bukan politik cacar marba dan politik cakap belakang seperti Nara Nordin. Kita mahu dedah sikap HIPOKRIT dia selama ini demi menyelamatkan PPU Kuantan.

PENDEDAHKAN AKAN DITERUSKAN SEHINGGA PPU KUANTAN DIBEBASKAN DARI PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN KP KUANTAN INI……

No Responses to “Apa kesudahan dengan KP ‘PEMBOHONG’ Kuantan? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s