Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Panas!!! KP Kuantan dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO Pahang? @khairykj

Dengar cerita Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang melantik KP Kuantan sebagai Bendahari, benarkah apa yg diwar-warkn? Bagaimana seorang yang tiada kredibiliti dan integriti dilantik sebagai Bendahari? Bagaimana caranya akarumbi mahu mempercayai KP Kuantan ini untuk mengurusi peruntukan Pemuda UMNO Pahang? Hebat bila berita diterima bahawa kepimpinan Pemuda UMNO Pahang melantik orang yang tiada integriti dan kredibiliti untuk mengurus dan menjaga dana bagi seluruh Pemuda Pahang.

Jika bahagian sendiri tidak mampu diurus dan dan jaga bagaimana KP Kuantan ini mahu menjaga dan mengurus dana yang boleh cecah ratusan ribu ringgit bagi pihak Pemuda Pahang? Beranikah akarumbi memberi kepercayaan kepada KP Kuantan ini untuk menjaga dana itu? Lihat sahaja keadaan PPU Kuantan dengan barisan kepimpinanya sendiri. Apa akan jadi jika kepercayaan akarumbi diletakan dibahu KP Kuantan ini? Akibatnya amat dahsyat sekali. Akibatnya kita bakal menempah kemusnahan kepada Pemuda UMNO.

Jelas bila kemampuan KP Kuantan boleh dipersoalkan diperingkat bahagian apatah lagi diperingkat negeri. Kita bicara tentang wang dana peruntukan kepada akarumbi bagi menjalankan program bukan bicara tentang kertas kosong. Jika akarumbi dibahagiannya sendiri mempersoalkan kredibilitinya adakah kepimpinan Pemuda Negeri sendiri buta untuk menilai KP Kuantan ini atau mereka sudah mempunyai perjanjian pintu belakang ketika dilantik?

Ini soal serious bukan soal remeh, kaji kedudukan KP Kuantan sebelum menawarkan sebarang jawatan…

No Responses to “Panas!!! KP Kuantan dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO Pahang? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s