Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Kuantan “Buta Kayu”. @khairykj

Cara KP Kuantan berdepan dengan pengkritik cukup menarik dan mungkin juga boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin besar dalam UMNO. Cara paling mudah untuk menghapuskan pengkritik mengikut cara KP Kuantan adalah merendah-rendahkan atau memperlekehkan latarbelakang pengkritik. Bercakap dibelakang tanpa berani berdepan. Inilah cara KP Kuantan menangani kritikan. Sungguh hebat sekali caranya. Terserlah sikap penakut dan tidak mampunya untuk berdepan dan menyelesaikan masalah. Bayangkan bagaimana jika dia dicabar oleh pembangkang untuk berdebat tentang isu-isu semasa, apa akan berlaku? Apa yang pasti KP Kuantan dan PPU Kuantan akan menjadi bahan ketawa seluruh masyarakat.

Mungkin juga KP Kuantan boleh memperlekehkan pembangkang jika dia cabar untuk berdebat tetapi apa guna perlekehkan semata-mata hendak menyedapkan hati sendiri. Ataupun KP Kuantan boleh mengumpat dibelakang pembangkang dengan harapan pihak pembangkang akan senyap dari terus mengkritik. Inilah sikap KP Kuantan yang ‘buta kayu’ langsung tiada ada kualiti untuk memimpin. Seluruh PPU Kuantan selama ini tertipu dengan kata-kata KP Kuantan ini. Seperti didalam entri yang sebelum ini, dinyatakan bahawa UMNO perlu mengkaji semula kedudukan pemimpin disemua peringkat demi mencari barisan pelapis kepimpinan yang berkualiti bukan seperti KP Kuantan yang ada ketika ini.

Jika dibandingkan KP kini dan mantan KP Kuantan cukup jelas perbezaannya umpama langit dan bumi. Tidak terjangkau imaginasi kita untuk membuat perbandingan langsung kerana kemampuan KP Kuantan yang ada sekarang langsung tiada didalam graf “benchmark” dikalangan KP-KP UMNO Kuantan yang terdahulu. Kehebatan KP-KP PPU Kuantan terdahulu langsung terkapai oleh KP yang ada sekarang justeru bila KP yang ada lemah secara otomatisnya seluruh PPU Bahagian Kuantan lemah dan tiada berkualiti.

Entri didalam blog ini bukanlah satu serangan peribadi tetapi ianya berbentuk teguran bagi menyelamatkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yang telah dirosakan oleh KP yang ada sekarang. Umum harus menyedari sikap KP Kuantan ini yang seringkali lari dari tanggungjawab dan membiarkan masalah yang timbul tanpa usaha untuk perbaikinya. Demi UMNO yang kita sayangi ambilah setiap entri didalam blog ini sebagai satu pandangan kritis bagi memperkukuhkan UMNO…

No Responses to “Ketua Pemuda UMNO Kuantan “Buta Kayu”. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s