Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mengapa KP Kuantan takut berdepan dgn pengkritiknya? @khairykj

Sejak bermulanya kemelut Geng 11 dan berlanjutan  kepada kekalutan PPU Kuantan tiada langsung usaha untuk KP Kuantan Nara Nordin mengambil inisiatif untuk berdepan dengan permasalahan. Mengapa dia tidak langsung berani berdepan dengan pengkritik tetapi mengambil pendekatan untuk perlekehkan segala kritikan dan saranan yang dilontarkan kepadanya.

Sebagai seorang pemimpin tindakan KP Kuantan ini jelas menunjukan bahawa dia langsung tidak menitik beratkan tentang pembangunan PPU Kuantan. Jika segala kritikan dan permasalahan disapu dibawah permaidani kemungkinan besar PPU Kuantan akan menujuk kehancuran. Sampai bilakah PPU Kuantan akan terus bergantung kepada UMNO Bahagian Kuantan untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka? Dimanakan accountability Nara Nordin sebagai Ketua Pemuda dan dimanakah integriti dia sebagai seorang pemimpin muda?

Umum mampu untuk memperlekehkan kepimpinan dia kerana sudah terbukti dia tidak mampu untuk memimpin dan memacu PPU Kuantan untuk menjadi satu pergerakan yang bebas masalah dan pergerakan yang berwawasan. Namun sehingga kini ahli akarumbi masih memberi dia peluang untuk membuat penjelasan. Peluang sudah diberi kepada dia untuk memperbetulkan keadaan dan menunaikan janjinya kepada PPU Kuantan tetapi tindakan dia menyepikan diri dan memperlekehkan kritikan serta saranan terus membuktikan bahawa Nara Nordin telah gagal sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

Organisasi UMNO sepatutnya menilai semula kedudukan mereka-mereka seperti Nara Nordin ini kerana sudah tiba masanya UMNO pusat menekankan kualiti pemimpin dikalangan kepimpinan UMNO disemua peringkat. Jika UMNO masih lagi dibelenggu dengan sindrom pemimpin bachul, pemimpin penakut, pemimpin ‘low class’ ianya akan memberi implikasi yang amat besar terhadap parti bagi berdepan dengan Pakatan Rakyat. Kita singkap kembali kata-kata ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad “Dalam UMNO sudah tiada orang bijak pandai” amat jelas apa yang terjadi didalam parti ketika ini dengan adanya pemimpin dan ketua seperti KP Kuantan.

Biarlah kita berani berdepan dengan sesiapa sekali pun demi UMNO dan demi kesinambungan parti keramat orang Melayu ini. UMNO payung bagi orang Melayu dan UMNO memerlukan pemimpina yang berani berdepan dengan sesiapa sekalipun….

No Responses to “Mengapa KP Kuantan takut berdepan dgn pengkritiknya? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s