Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Masalah PPU Kuantan akan hanya selesai dengan forum terbuka @khairykj

Ramai yang cuba menutup kelemahan PPU Kuantan dibawah kepimpinan KP Nara Nordin. Pelbagai pihak tidak mahu mengakui bahawa PPU Kuantan lemah dan tidak bermaya. Dengan KP yang tidak langsung mempedulikan suara akarumbi dengan terus berdiam diri. Apa yang perlu KP Kuantan lakukan ialah dengan mengadakan forum terbuka bagi menjelaskan hala tuju PPU Kuantan. Ramai yang mempersoalkan hanya segelintir sahaja yang mendesak untuk diadakan forum terbuka, harus diingat bahawa pada pandangan kasar mungkin kita rasai hanya segelintir kerana ia hanya berpandukan kepada respon dan komen didalam Facebook. Realitinya berapa peratuskah ahli-ahli PPU Kuantan yang seringkali melayari Facebook?

Pernah atau tidak mereka-mereka yang mempersoalkan bilangan ahli akarumbi yang kecil mendesak untuk diadakan forum terbuka ini turun ke cawangan-cawangan dan mendengar keluhan akarumbi? Sudah tentu tidak kerana mereka yang mempersoalkannya sedang selesa duduk dikerusi empuk disamping bakal calon Barisan Nasional. Mana mungkin mereka mahu mendengar keluhan akarumbi disaat mereka sedang aman dan enak mengipas bakal calon.

Kemelut PPU Kuantan bukan perkara kecil dan bukan juga perkara yang boleh diambil mudah. Ianya satu isu yang harus ditangani sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan secara “hands-on”. PPU Kuantan perlukan ketua yang berani berdepan dengan akarumbi dan berani menyelesaikan masalah yang berbangkit. PPU Kuantan tidak mampu untuk diketuai oleh seorang ketua yang berselindung dibelakang VIP semata-mata kerana takut untuk berdepan dengan cabaran. Solusi sudah dibentangkan dan hanya menantikan persetujuan dari salah seorang “wira Geng 11” untuk menyelesaikan kemelut dibahagian sendiri. Kita akan saksikan kewibawaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dalam menyelesaikan masalah-malasah berbangkit.

KITA TUNGGU DAN LIHAT APA KESUDAHANNYA….

No Responses to “Masalah PPU Kuantan akan hanya selesai dengan forum terbuka @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s