Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Geng 11 makin meluat dengan lakonan KP Kuantan. @khairykj

image

Inilah wajah pengkhianat persahabatan. Geng 11 berkocak kembali dengan isu perbalahan antara mereka kerana KP Kuantan. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi bila Geng 11 pula dikhianati oleh KP Kuantan. Pengkhianatan dan KP Kuantan tidak boleh dipisahkan lagi, kemana sahaja dia pergi dia tetap akan mengkhianati segala-galanya.

Khianati persahabatan, khianati amanah, khianati kepercayaan dan khianati maruah anak bangsa. Ini sikap KP Kuantan yang tidak boleh dipercayai langsung. Dikalangan KP Geng 11 juga sudah merasai pengkhianatan yang dilakukan oleh KP Kuantan. Dia akan tetap mengkhianati sesiapa sahaja yang dia temui. Dalam situasi sekarang tidak mustahil dia akan mengkhianati juga exco Pemuda UMNO Malaysia semata-mata kerana kepentingan peribadinya.

Soal maruah atau moral tiada dalam kamus hidup KP Kuantan yang penting ialah survival diri sendiri dan kantong duitnya. Seperti biasa modus operandi KP Kuantan ini dengan meraih simpati kepada semua kononnya dia mangsa keadaan dan dalam keadaan tersepit. Semuanya sudah diketahui bagaimana KP Kuantan ini bijak mengunakan kata-kata manis untuk menutup pengkhianatannya.

Dia akan mula bergerak berjumpa kelompok-kelompok kecil untuk menghasut dan terus membohongi orang ramai. KP Kuantan tidak langsung berani untuk berdepan dengan kumpulan besar dan membuat penjelasan secara terbuka kerana dia akan sentiasa bermuka-muka dengan setiap orang yang dia temui.

Ada dikalangan Geng 11 juga mengakui bahawa KP Kuantan ini cakapnya lain buatnya lain. Tiada satu pun cakapnya yang boleh dipercayai. Bayangkan jika dikalangan Ketua-ketua Pemuda pun dan mampu berbohong apatah lagi dengan akar umbi? Sudah pasti dia akan menganggap akarumbi tidak secerdik mereka-mereka yang berjawatan dalam parti. Realitinya KP Kuantan adalah seorang hipokrit yang tidak boleh dianggap sebagai sahabat.

No Responses to “Geng 11 makin meluat dengan lakonan KP Kuantan. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s