Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mantan KPN Shah Ahmad mangsa pengkhianatan KP Kuantan. @khairykj

image

Masihkah anda ingat saat-saat ini, Ketika seluruh daerah Kuantan dilanda musibah banjir pada tahun lepas? Seluruh jentera parti bertungkus-lumus turun membantu mangsa-mangsa banjir dan tidak ketinggalan mantan KPN Pahang Sdr Shah Ahmad seperti didalam keratan akhbar Sinar Harian diatas turun bersama membantu. Disitu juga kelihatan KP Kuantan yang ada bersama ketika Shah Ahmad selaku KPN Pahang turun menerima bantuan dari Pemuda UMNO Pusat.

Inilah saat dimana terjalinnya ukhwah diantara barisan kepimpinan baru Pemuda UMNO Pahang, namun ianya tidak kekal lama. Akibat dari pengkhianatan dan kerakusan Geng 11 termasuklah KP Kuantan, ukhwan dan persaudaraan ini dimusnahkan sama sekali. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengkhianatan kepada Shah Ahmad oleh KP Kuantan.

Tidak masuk diakal bila alasan yang diberikan oleh KP Kuantan untuk menolak perlantikan Shah Ahmad sebagai KPN kerana janji dan kata-kata yang diungkapkan oleh Shah Ahmad ketika perjumpaan mereka disalah sebuah hotel terkemuka diKuala Lumpur. Jika diambil kira atas alasan itu maka sudah ada asas untuk PPU Kuantan menolak sama sekali KP Kuantan dari terus menerajui PPU Kuantan kerana segala yang diungkapkan olehnya tiada satu pun ditunaikan selama menjadi KP.

Perlantikan dibuat sesuka-hati atas alasa kuasa mutlaknya sebagai KP, tiada sebarang perbincangan dijalankan berkaitan hal-tuju PPU Kuantan, dia menjadikan PPU Kuantan sebagai hak milik peribadi, menolak kesatuan antara Pemuda-pemuda bahagian, mengamalkan pecah dan perintah, gagal menghormati kepimpinan bahagian, perhubungan negeri serta pusat, tidak peduli tentang akarumbi, membiarkan pemuda cawangan lesu dan mati, tidak mampu melahirkan barisan AJK yang berkualiti, tidak mampu mengajurkan program-program yang mampu menarik minat anak muda, gagal membawa suara anak muda kepengetahuan atasan dan pelbagai lagi kelemahan yang ada didalam PPU Kuantan. Semuanya atas KP Kuantan yang tiada nilai kepimpinan.

Pengkhianatan terhadap Shah Ahmad adalah satu pengkhianatan terhadap YAB Dato Seri Presiden secara terus bila KP Kuantan ini turut membantah perlantikan KP Pekan selaku KPN Pahang. Tiada alasan lain untuk tidak mengambil tindakan terhadap KP Kuantan kerana kebiadapannya terhadapa YAB Dato Seri Presiden selaku ketua bahagian UMNO Pekan.

Jika KP Kuantan ini mampu mengkhianati kepimpinan UMNO tidak mustahil dia mampu mengkhianati seluruh organisasi. Bukti sudah nyata, khianat terhadap amanah akarumbi, khianat terhadap kepercayaan UMNO Bahagian, khianat terhadap kepimpinan perhubungan negeri. Perkara ini tidak mungkin boleh dikompromi sama sekali.

Pucuk pimpinan dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO wajib mengkaji kedudukan KP Kuantan ini demi menyelamatkan maruah parti. Lebih baik parti mengambil pendekatan untuk menyelamatkan akarumbi dari memberi peluang kepada seorang Ketua Pemuda yang mampu mengugat kestabilan parti secara keseluruhan. Jangan sampai akarumbi menolak parti dek kerana hanya seorang yang tidak berwibawa menjadi ketua kepada sayap penting parti.

No Responses to “Mantan KPN Shah Ahmad mangsa pengkhianatan KP Kuantan. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s