Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP Kuantan guna kuasa melebihi KPUM @khairykj

Agak kelakar bila KP Kuantan kononnya memperjuangkan hak akarumbi ketika bersama menyokong Geng 11. Apa yang terjadi ialah KP Kuantan dan gerombolan Geng 11 dengan lantang membantah kuasa KPUM melantik Ketua Pemuda UMNO Negeri. Menurut KP Kuantan kononnya YB Khairy Jamaluddin selaku KPUM tidak langsung berbincang dgn semua kepimpinan Pemuda Bahagian ketika melantik KP Pekan Shah Ahmad sebagai KPN. Cukup lantang dan cukup berani tindakan KPUM ketika itu. Apa yang menjadi bahan jenaka bilamana KP Kuantan sendiri tidak langsung berbincang dengan barisan AJK nya ketika melantik AJK lantikan dan pengurusan Pemuda Bahagian. Kononnya dia menggunakan kuasa mutlaknya untuk melantik sesiapa yang dia rasakan sesuai.

Jelas sekali sikap hipokrasi KP Kuantan ini. Dia marah kepada KPUM mengunakan kuasa melantiknya tetapi dia sendiri melantik mengikut suka sesiapa hendak dilantiknya. Inilah yang dikata “paku dulang paku serpih, mengatak orang dia yang lebih”. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan tidak langsung menghormati suara akarumbi dan suara AJK sendiri. Adakah KP Kuantan ini merasakan dirinya lebih berkuasa dari KPUM?  Setiap apa yang dia lakukan amat bercanggah dengan apa yang dilaung-laungkan. Amat-amat memalukan sekali bila ini terjadi didalam PPU Kuantan, seorang KP yang “cakap tak serupa bikin”.

Segala keputusan dibuat ikut sedap rasanya sendiri, didalam mesyuarat hanya dia sahaja yang bersuara dan menentukan segalanya. Hebat sungguh kuasa dan hak selaku Ketua Pemuda Bahagian, kuasanya melebihi KPUM sendiri. Inilah nilai keperibadian KP Kuantan yang umum patut tahu, segala yang diperjuangkan didalam Geng 11 semuanya hanya retorik kerana keadaan bagaimana dia mentadbir PPU Kuantan jauh lebih buruk dari KPUM. Jika bilik pejabat PPU Kuantan yang sudah bertahun-tahun tidak mampu KP Kuantan ini merubahnya apa jaminan dia dapat merubah seluruh PPU Kuantan? Bilik pejabat yang hanya sekangkang kera pun tidak mampu untuk dilakukan sebarang penambahbaikan apatah lagi untuk menambahbaik jentera Pemuda UMNO Kuantan?

Jelas sudah bahawa KP Kuantan tidak berupaya untuk memacu PPU Kuantan kezaman kegemilangannya. KP Kuantan yang ada ketika ini akan hanya merosakan pergerakan ini dan jika ianya berterusan nescaya punahlah secara saki baki nyawa PPU Kuantan…

Advertisements

No Responses to “KP Kuantan guna kuasa melebihi KPUM @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s