Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Dialog terbuka, KP Kuantan penakut. @khairykj

image

Seperti sudah dijangka cabaran untuk mengadakan dialog terbuka diantara kepimpinan PPU Kuantan dan ahli-ahli akarumbi tidak mendapat respon dari KP Kuantan. Ini sekali lagi membuktikan KP Kuantan tidak berupaya berhadapan dengan akarumbi, ianya juga satu lagi bukti dimana KP Kuantan tidak membawa suara akarumbi. Tiada alasan lain untuk KP Kuantan terus berdiam diri selain dari dia ingin menutup segala pembohongan yang disebarkan selama ini.

Ahli-ahli Pemuda Kuantan bukan bodoh seperti yang KP Kuantan sangkakan. Bukan hanya dengan segelas teh tarik dapat menyelesaikan masalah dan kemelut yang timbul. KP Kuantan tidak perlulah takut pada bayang-bayangnya sendiri jika dia rasakan dirinya tidak bersalah. Matangkan diri dan berani berhadapan dengan akarumbi secara umum bukan dengan cara politik kedai kopi. Zaman politik kedai kopi sudah berlalu, sekarang zaman politik accountability. Berani buat berani tanggung.

Makin hari makin banyak penipuan yang disebarkan oleh KP Kuantan untuk menjustifikasikan tindakannya walhal apa yang dikata jauh dari apa yang dia lakukan. Sebagai contoh, apa sudah jadi dengan Pemuda cawangan dia sendiri? Apa sudah jadi dengab cawangan dia sendiri dimana dia dipilih sebagai Ketua Cawangan? Jika cawangan sendiri pun gagal untuk dijaga bagaimana dia hendak menjaga seluruh ahli Pemuda UMNO Bahagian Kuantan? Bagaimana dia hendak dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang? Jika dia diberi tempat makanya Pemuda UMNO Pahang akan terus dilabel sebagai parti penipu kerana KP Kuantan seorang penipu dan seorang yang hipokrit.

Sudah terlampau banyak penipuan dan kerosakab yang dilakukan oleh KP Kuantan sepanjang setahun yang lalu dan akarumbi mahukan penjelasan dan hala tuju PPU Kuantan. Ahli akarumbi mahukan dialog terbuka supaya mereka dapat mengajukan soalan dan menilai tahap keikhlasan barisan kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan. Kata diungkap, janji dikota tapi kini kata diungkap, janji dibohongi sama sekali. Sudah jelas dan tidak perlu lagi untuk KP Kuantan terus membohong dan memperdayakan orang lain. Berterus-terang dan bersikap lebih matang dalam soal parti.

Adakan dialog terbuka dan jawaplah soalan yang diajukan oleh akarumbi. Jangan jual atau gadai nama akarumbi sepertimana yang dilakukan sebelum ini. Akarumbi tidak restui tindakan KP Kuantan mengadai maruah akarumbi atas kepentingan peribadi. Bukti yang jelas bila hampir separuh perwakilan Pemuda ke Mesyuarat Tahunan Pemuda Bahagian tidak hadir atau keluar dewan. Yang tinggal hanyalah sekitar 70-50 orang sahaja, itu pun atas sebab-sebab tertentu. Bukti jelas bahawa KP Kuantan tidak mendapat sokongan akarumbi sepertimana yang dia gembar-gemburkan sebelum ini.

Langkang sumbang KP Kuantan makin terserlah, sifat baling batu sembunyi tangan makin jelas, penipuan dan pembohongan makin dibongkar. Selesaikan kemelut ini dengan kadar segera, adakan dialog terbuka dan jangan jadi PENAKUT dan BACHUL….

No Responses to “Dialog terbuka, KP Kuantan penakut. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s