Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Katanya bawa suara akarumbi, realitinya KP Kuantan bisukan akarumbi @khairykj

Transformasi Akarumbi slogannya ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, ketika dia bersama Geng 11 sekali lagi dia menjual nama akarumbi. Realitinya tiada satu pun tindakan KP Kuantan ini boleh dikaitan dengan kehendak akarumbi. Bila dia membuat keputusan untuk menyokong Geng 11 tiada langsung penjelasan atau pendapatan yang diambil kira dari akarumbi. Sudah kerap kali KP Kuantan menjual dan melelongkan nama akarumbi demi kepentingan dirinya sendiri.

Mengapa dia seringkali dengan mudah mengadaikan nama akarumbi untuk kepentingan diri? Jawapannya mudah, kerana dia sendiri sebenarnya tidak mengerti apa itu maksud akarumbi. Janji yang diungkap adalah untuk menjadikan PPU Kuantan ini lebih terbuka dan telus tetapi akhirnya dia sendiri yang memungkiri janji. Setiap perlantikan jawatankuasa biasa atau pengurusan tidak pernah berunding dengan jawatankuasa. Dia mengunakan sepenuh kuasanya untuk melantik tetapi bila YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengunakan kuasa mutlaknya untuk melantik Ketua Pemuda Negeri Pahang, KP Kuantan yang berada bersama Geng 11 membantah tindakan itu. Tidakah kita boleh lihat bertapa hipokritnya KP Kuantan ini?

Sejak bila akarumbi menyokong tindakannya untuk bersama Geng 11? Tidak pernah diadakan program penerangan tentang isu yang berlaku kepada akarumbi. KP Kuantan tidak pernah mewakili akarumbi. Harus diingat dia hanya mengunakan slogan akarumbi untuk meraih sokongan bukan untuk berjuang untuk akarumbi. Bila tercetusnya ketidakpuasan hati akarumbi terhadap apa yang berlaku, dia cuba membisukan suara akarumbi dengan cara menyepikan dirinya supaya isu yang berbangkit lenyap begitu sahaja. Ini sudah menjadi kebiasaanya bagi dirinya ketika menjadi ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian penggal lalu. Setiap permasalahan akan disepikan dan ianya berlalu tanpa penyelesaian.

Adakah ini cara seorang ketua yang kononnya mewakili akarumbi? Apa yang pernah dia lakukan untuk pembangunan akarumbi? Sebagai seorang ketua yang bijak memimpin dia seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukannya menyapu segala masalah dibawah permaidani. Umum dapat melihat keupayaan dia untuk menyelesaikan masalah dan sudah pasti dan jelas dia tidak berupaya langsung. Kemelut PPU Bahagian tidak akan selesai selagi tiada tindakan dari pihak-pihak tertentu. Akarumbi dan majoriti senyap sudah muak dengan politik bodoh sombong KP Kuantan ini. Bila kepimpinan parti sendiri sudah menyampah dengan KP Kuantan ini apa lagi yang perlu ditunggu? Perlukah kita terus melayan lakonan KP Kuantan ini? Perlukan kita terus membiarkan KP Kuantan ini merosakan parti? Perlukan kita terus mendiamkan diri dengan tindakan KP Kuantan ini? Sudah pasti jawapannya TIDAK SAMA SEKALI.

Tindakan WAJIB diambil, UBAHLAH SEBELUM DIUBAH.

No Responses to “Katanya bawa suara akarumbi, realitinya KP Kuantan bisukan akarumbi @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s