Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

NKP Kuantan di “cold storage”kan oleh KP sendiri. @khairykj

Agak malang bagi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yang menjadi mangsa kerakusan Ketua Pemuda sendiri. Puncanya bukanlah satu masalah yang besar, hanya kerana NKP Kuantan cuba menjalankan amanah yang dipikul. Pada KP Kuantan itu sudah menjadi satu dosa besar baginya sedangkan NKP tidak mempunyai sebarang niat untuk membelakangkan dia sebagai KP.

Setelah apa yang berlaku ketika kemelut Geng 11, tindakan mantan KPN iaitu Sdr Shah Ahmad memanggil NKP-NKP bahagian untuk menjalankan program dilihat sebagai satu pengkhianatan. Salahkah tindakan mantan KPN memanggil NKP-NKP bahagian untuk menjalankan program ketika KP-KP lain memboikot KPN? Salahkah untuk mereka ini mendahulukan kepentingan masyarakat?

Pada KP Kuantan tindakan NKP berjumpa dengan mantan KPN adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan. Secara segera KP Kuantan ini menyisihkan NKP dan mengarahkan seluruh jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian melakukan perkaran yang sama. Adakah ini satu tindakan ketua yang baik? Adakah budaya ini yang kita mahukan didalam UMNO terutamanya didalam sayap Pemuda? KP Kuantan cuba bermain politik dengan merayu agar dia diberi peluang untuk berkhidmat tetapi pernah atau tidak dia memberi peluang kepada mantan KPN untuk berkhidmat? Mengapa dia harus mengheret seluruh institusi Pemuda UMNO Kuantan kekancah kekalutan antara dia dan mantan KPN?

Kini pepercahan sudah berlaku didalam PPU Kuantan. Akibat hasutan KP Kuantan seluruh jawatankuasa Pemuda UMNO Kuantan memboikot NKP yang pada mulanya bertanding didalam pasukan yang sama. Jika benar KP Kuantan ini seorang ketua yang baik mengapa dia sanggup memecah-belahkan institusi Pemuda UMNO Kuantan? Mengapa dia masih lagi menghasut setiap orang untuk membenci antara satu sama lain? PPU Kuantan sudah banyak ketinggalan hanya kerana KP Kuantan yang busuk hati dan hanya mementingkan diri sendiri. Keutamaan padanya ialah mengejar projek demi melunaskan hutang-hutang dan janji-janji manisnya ketika pertandingan lepas. Tiada langsung usaha untuk merapatkan saf Pemuda UMNI Kuantan.

Sudahlah PPU Kuantan umpama hidup segan mati tak mahu, KPnya sendiri pula bodoh sombong. Ada suara-suara yang menyatakan bahawa KP Kuantan sengaja mematikan Pemuda cawangan kerana tidak mahu cawangan aktif. Jika dibenarkan cawangan itu aktif maka dia terpaksa mengeluarkan peruntukan untuk program-program diperingkat cawangan. Sampai begitu sekali tindakan KP Kuantan demi kepentingan dirinya sendiri. Dia sanggup membunuh UMNO dari dalam dan memecah belahkan kesepakatan antara Pemuda bahagian.

Apa yang terjadi kepada NKP Kuantan amat dikesali, dia ditomah dengan pelbagai tomahan termasuklah ditomah mengejar kedudukan untuk memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Dia juga ditomah mengejar wang peruntukan untuk dirinya sedangkan apa dia lakukan hanyalah untuk memberi nafas kepada pemuda-pemuda cawangan. Sikap KP Kuantan tidak ubah seperti api dalan sekam yang membunuh parti melalui jawatannya. Mudah menipu, mudah memutar belit, mudah bersandiwara itulah KP Kuantan.

Setiap laporan yang dihantar semuanya sekadar laporan bertulis semata-mata kerana secara fizikalnya tiada langsung program-program yang dijalankan. Apakan tidak, menghadiri jemputan perkahwinan pun diangkat sebagai program Pemuda UMNO Bahagian. Amat memalukan.

Nasib NKP Kuantan ketika ini umpama berdiri diatas paku berkarat, tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanyalah umpama boneka yang tidak bersuara. Kehadirannya dimesyuarat hanya untuk memenuhi kourum sahaja. Perlukan ini semua berlaku didalam parti ketika kita semua berhempas pulas untuk berdepan dengan pembangkang? Jika dihitung secara mudah, PPU Kuantan tidak perlu pergi jauh untuk berdepan dengan pembangkang kerana KP Kuantan sendiri sudah cukup untuk menghancurkan institusi Pemuda UMNO bahagian Kuantan ini.

Sebelum keadaan lebih parah, satu tindakan yang drastik wajib diambil, kita tidak mahu ada parasit didalam UMNO dan sayap parti. Urusan kita untuk berdepan dengan pembangkang. Ambil tindakan terhadap KP Kuantan demi kesinambungan perjuangan parti keramat UMNO ini…

No Responses to “NKP Kuantan di “cold storage”kan oleh KP sendiri. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s