Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mantan KP Kuantan jauh lebih hebat dari KP yang ada sekarang. @khairykj

Untuk menjadi seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian bukanlah satu perkara yang mudah. Nawaitu dan fokus perlu betul dan selari dengan asas perjuangan parti. Disini kita akan lihat perbedaan antara seorang mantan Ketua Pemuda Kuantan dan Ketua Pemuda yang ada sekarang. Satu perbedaan yang amat besar umpama langit dan bumi. Jika diletakan “benchmark” nescaya KP Kuantan yang ada sekarang tidak ubah seperti kucing kurap yang tiada hala tuju.

Ketika mantan KP Kuantan mula-mula menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda beliau hanya memandu kereta jenis Perodua Kancil. Beliau terpaksa lalui pelbagai cabaran diperingkat bahagian yang kurang menyokong beliau ketika itu. Sifatnya yang tidak pernah kenal erti penat dan mengalah telah memberi kelebihan kepada beliau. Berkat usaha gigihnya mendapatkan sokongan dari Pemuda Pusat akhirnya kejayaan dinikmati oleh beliau. Dengan hubungan baik antara dirinya dan kepimpinan pusat beliau telah mendapat kepercayaan dari kepimpinan bahagian sekaligus menyokong setiap program yang dijalankan oleh PPU Kuantan ketika itu.

Beliau tidak pernah cepat melatah dengan apa-apa isu malahan beliau sentiasa cuba untuk memperbetulkan keadaan. Biar pun dikritik hebat dan diugut oleh jawatankuasanya sendiri beliau tetap meneruskan amanah yang dipikul. Kejayaan demi kejayaan ditempa dan kepercayaan diberi oleh kepimpinan seluruh peringkat sehingga beliau diangkat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sekaligus diberi peluang untuk menjadi calon parlimen P083 Kuantan pada PRU13 yang lepas.

Beliau seorang yang sentiasa kuat bekerja dan tidak pernah menyalahkan orang lain jika timbul sebarang isu. Tindakan beliau untuk menyelesaikan isu amat dihormati. Beliau akan sentiasa berjumpa dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah. Walaupun ditomah dengan pelbagai tomahan beliau sentias kuat dan tabah. Ada ketika beliau terpaksa berdepan dengan Geng 9 dikalangan jawatankuasa Pemuda sendiri yang diketuai oleh KP sekarang ketika itu salah seorang dari AJK Pemuda Bahagian. Nyata sekali mantan KP ini berjaya mematahkan cubaan untuk menjatuhkan dia dengan cara yang amat tenang sekali. Akhirnya terbongkar segala perancangan jahat oleh Geng 9 ini dan diselesaikan dengan baik sekali. Inilah nilai-nilai pemimpin yang benar-benar jujur dalam perjuangan.

Kini kita singkap pula bagaimana KP yang ada sekarang. Menjadi Ketua Pemuda dalam keadaan selesa. Mempunyai kenderaan mewah dan mempunyai syarikat sendiri. Tidak langsung melalui sebarang kepayahan dalam memacu PPU Kuantan. Tetapi keadaan berubah bila KP Kuantan ini cuba menjadi jaguh dengan menyokong Geng 11. Dia mula bermusuhan dengan Pemuda UMNO pusat dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sudahlah tidak mendapat sokongan oenuh dari kepimpinan bahagian, dia dengan sengaja pula mencari masalah dengan PPU pusat. Yang lebih menakjubkan lagi ialah bukan hanya kepimpinan bahagian dibuat musuh dengan perhubungan negeri sekali dia persalahkan. Kini dalam kekalutan yang berlaku dia cuba sekali lagi meletakan kesalahan itu kepada orang lain.

Dia cuba menyalahkan pihak-pihak tertentu bila gagal memperolehi projek dari agensi-agensi tertentu. Sudah tidak hormat kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dia boleh menyalahkan pula pengerusi kerana tidak membantu dia mendapatkan projek. Dibahagian pula dia menyalahkan kepimpinan bahagian yang kononnya tidak membantu PPU Kuantan sedangkan dia sendiri tidak menghormati kepimpinan bahagian bila menyokong Geng 11. Baru 2 bulan menjadi Ketua Pemuda Bahagian dia sudah mula tunjukan belang dengan menentang PPU Pusat dan KPUM atas perlantikan KPN sedangkan ketika itu pemuda peringkat cawangan masih lagi tidak teratur.

Inilah sikap KP yang ada sekarang umpama kucing kurap yang tiada hala-tuju. Mementingkan diri sendir dan bukan kerana parti. Inilah sebahagian dari perbedaan yang besar antara seorang ketua yang mempunyai kualiti kepimpinan dengan seorang ketua yang tiada langsung kualiti.

Apa yang pasti, KP Kuantan wajib diambil tindakan dan diubah sama sekali….

No Responses to “Mantan KP Kuantan jauh lebih hebat dari KP yang ada sekarang. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s