Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bongkar!!! KP Kuantan makin terserlah munafiq. @khairykj

image

Sudah ramai yang terpedaya dengan perwatakannya yang lembut dan halus tetapi disebalik itu terselindung sifat dengki dan busuk hati yang amat tebal. Itulah sebenarnya KP Kuantan yang ada sekarang. Sudah ramai memperkatakan tentang sikap dan perangai sebenarnya dan makin hari makin kuat suara-suara yang mengakuinya.

Sikap kepura-puraan KP Kuantan sudah tidak mampu lagi diselindungkan dan tiba masanya kita bongkar semuanya sekali. Ramai yang boleh mengakui yang KP Kuantan ini amat licik dalam permainan politiknya. Secara halus dia mengadu-domba orang sekeliling demi mencapai apa yng dihajati. Jika dahulu dia tegar melaga-lagakan barisan jawatankuasa Pemuda UMNO Kuantan dengan Ketua Pemuda ketika itu tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama sekarang. Apa yang jelas jika ada diantara mereka-mereka yang tahu tentang rahsianya mula membuka mulut dia akan bertindak dengan menghubungi sipolan iti atau menghantar orang-orang tertentu untuk memastikan rahsia dan keburukannya sentiasa ditutup.

Pernah juga satu ketika dia menghasut barisan jawatankuasa untuk menentang Ketua Pemuda dan dalam masa yang sama dia mengambil jalan belakang menemui Ketua Pemuda dan menceritakan perancangan kumpulan tersebut untuk menjatuhkan Ketua Pemuda sedangkan dialah ketua atau dalang yang menjadi watak utama untuk menjatuhkan Ketua Pemuda ketika itu. Dia juga pernah menentang Ketua Pemuda dengan mengeluarkan kata-kata nista terhadap Ketua Pemuda semata-mata tidak mendapat apa yang dihajati sedangkan KP ketika itu sudah terlampau banyak membantunya. Inilah sikap KP Kuantan yang ada sekarang, cukup tebal kemunafiqkannya.

Ketika PRU13 yang lalu cukup jelas sekali tingkah lakunya membontoti orang-orang tertentu. Pada mulanya disangkakan Timbalan Ketua Bahagian yang akan menjadi calon jadi dengan segera dia membontoti TKB kemana sahaja beliau pergi. Namun setelah diumumkan calon PRU13 untuk P083 secara automatis dia mengubah haluan dan segera membontoti calon PRU itu. Apa yang amat mencuit hati sekali bila dia dengan KADAR SEGERA meninggalkan TKB yang disangkakan menjadi calon semata-mata mahu mendapat habuan dari calon PRU. Yang lebih menarik sekali jika sebelum itu dia telah mengumumkan tidak akan bergerak aktif dalam politik dan bercuti dari jawatannya sebagai AJK no 1secara tiba-tiba dia muncul ketika PRU kononnya untuk membantu. Sebelum itu bilamana ada program anjuran Pemuda dia tidak pernah muncul sama sekali.
Perangainya yang suka bermuka-muka cukup memualkan semua yang pernah mengenalinya. Dan kini bila sudah menjawat jawatan Ketua Pemuda Bahagian dia cuba menghalakan serangannya terhadap Ketua Bahagian, kononnya Ketua Bahagian tidak membantu kerana dia gagal mendapatkan sebarang projek selepas menjadi KP bahagian Kuantan. Cuba kita bayangkan sikap sebenar KP Kuantan ini, adakah dia menjadikan kedudukannya sebagai KP untuk meraih projek atau untuk berjuang demi agama dan bangsa? Buka itu sahaja, dia juga mendesak agar Ketua Bahagian memberi kouta Ahli Majlis Perbandaran Kuantan kepadanya atas dasar jawatan Ketua Pemuda sedangkan kerusi Ahli Majlis itu hak mutlak Ketua Bahagian dan bukan berdasarkan kouta. Sudahlah menghina UMNO Bahagian kemudian dia mendesak untuk kerusi Ahli Majlis. Sekali lagi kita lihat dan kaji kembali mengapa dia beria-ria mengejar jawatan dan projek?

Jawapan untuk persoalan diatas amat mudah:

Pertama, kerana KP Kuantan ini bukanlah seorang pejuang agama dan bangsa. Dia lebih dikenali sebagai PejuWANG didalam parti.

Kedua, dia mengejar jawatan dan projek kerana ingin melunaskan wang atau janji terhadap orang-orang yang memberi dana kepadanya untuk bertanding.

Ketiga, kerana dia tidak pernah mendahulukan kepentingan umum selain dari kepentingan peribadinya.

Cukup jelas siapa KP Kuantan ini sebenarnya. Banyak lagi keburukan yang telah dia pamerkan, kerosakan yang dilakukan bukan kerana orang lain tetapi berpunca dari dirinya sendiri. Tidak perlulah KP Kuantan ini menyalahkan orang sekelilingnya kerana bukan mereka yang merosakan PPU Kuantan. Tindak tanduk KP Kuantan ini sudah jelas akan merosakan nama baik parti dan memusnahkan segala peluang untuk Barisan Nasional merampas semula kerusi parlimen Kuantan….

No Responses to “Bongkar!!! KP Kuantan makin terserlah munafiq. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s