Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Musnahnya PPU Kuantan akibat perbuatan KPnya sendiri. @khairykj

PPU Kuantan tidak dinafikan sudah musnah ditangan KP yang ada sekarang. Selama setahun kepimpinannya tiada apa yang berlaku dan tiada langsung peningkatan berbanding dengan penggal-penggal yang lepas. Cukup jelas berdasarkan laporan-laporan dari agensi yang berkaitan PPU Kuantan tiada apa-apa pergerakan. Apatah lagi proses penambahan keahlian dan pendaftaran pengundi baru, langsung tiada peningkatan.

Dari sudut pembangunan belia dan orang muda, tiada langsung program-program yang boleh menarik minat golongan atas pagar untuk menyertai UMNO. Belum termasuk lagi program-program permekasaan ekonomi orang muda dan lain-lain program untuk golongan muda. Masalah-masalah yang membelenggu golongan muda juga tidak mampu diselesaikan. Kerana itulah PPU Kuantan umpama satu sayap parti yang hancur dan musnah. Ketua Pemuda yang ada sekarang langsung tidak mengendahkan apa-apa masalah yang dibangkitkan. Termasuklah masalah-masalah Pemuda UMNO diperingkat cawangan.

Jika dibandingkan dengan PPU dibahagian-bahagian lain jelas PPU Kuantan ketinggalan dan tidak berfungsi. Mungkin melalui blog ini orang ramai tidak dapat gambar yang sebenar tetapi jika turun ke padang dan lihat sendiri PPU Kuantan lebih buruk dari apa yang digambarkan didalam blog ini. Setiap cawangan Pemuda gagal menjalankan sebarang program kerana PPU Kuantan tidak menghiraukan langsung Pemuda-pemuda UMNO cawangan.

Masalah-masalah yang kritikal yang dihadapi oleh golongan muda seperti perniagaan, perumahaan,sosial dan perkara-perkara asas tidak langsung menjadi keutamaan KP Kuantan. Jika dibandingkan dengan pergerakan pemuda parti pembangkang seperti PAS sebagai contoh, sepanjang setahun kebelakangan ini mereka mampu meningkatkan keahlian baru dikalangan orang-orang muda sebanyak 30% dan mereka seringkali mengadakan program-program ilmu yang jelas PPU Kuantan gagal lakukan.

NGO-NGO pro pembangkang pula giat melaksanakan program-program penerangan terhadap isu-isu semasa yang sekali lagi PPU Kuantan dibawah KP sekarang gagal menangani. Sebagai contoh NGO SAMM makin hari makin giat menjalankan pengambilan ahli-ahli baru dengan cara menghasut anak-anak muda untuk menentang kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Apa yang mampu PPU Kuantan lakukan selain dari menentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Sdr Khairy Jamaluddin? Dalam kita sibuj berdepan dengan pembangkang, PPU Kuantan dan KP sekarang sibuk melobi jawatan peringkat negeri dan sibuk menentang kepimpinan pusat.

Tiada apa yang mampu diungkapkan lagi selain jika PPU Kuantan kekal dibawah KP yang ada sekarang tiada apa yang boleh dilakukan untuk memenangi kerusi parlimen dan 2 DUN yang telah tewas ditangan Pakatan Rakyat. Sifirnya mudah, bila gagal dalam proses penambahan keahlian dan pendaftaran pengundi mana mungkin Barisan Nasional akan mendapat sokongan yang besar dari golongan muda? Harus diingat diparlimen Kuantan sendiri pengundi muda sudah hampir mencapai lebih 30% menjelang PRU14 yang akan datang. Apa yang mampu PPU Kuantan lakukan dalam masa yang kian suntuk ini jika PPU Kuantan masih dipimpin oleh KP yang tiada langsung semangat perjuangan agama dan bangsa?

Akarumbi sebenarnya tiada tempat untuk meluahkan kerana sikap KP yang mengamalkan ‘divide and rule’. Jika sesiapa yang tidak sehaluan dengannya dia akan menyisihkan sama sekali. Sikap hipokrit KP Kuantan sudah tidak mampu disorokan, makin hari makin jelas. Ahli-ahli PPU Kuantan harus bertindak demi survival parti UMNO diKuantan ini. Jika dibiarkan KP Kuantan ini harapan untuk UMNO mempunyai pelapis kepimpinan masa depan akan hanya tinggal anggan-anggan.

Ubahlah sebelum Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan musnah dengan lebih teruk lagi…..

Advertisements

No Responses to “Musnahnya PPU Kuantan akibat perbuatan KPnya sendiri. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s