Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP UMNO Kuantan anggap dirinya “halimunan”. @khairykj

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan menganggap dirinya sukar digugat dan sukar dicabar. Kononnya kedudukannya “untouchable” dek sebab dilindungi oleh pihak-pihak tertentu didalam parti dan diluar parti. Tapi agak menghairankan jika dia rasakan dirinya tidak boleh disentuh masakan dia merayu mohon bahagian membantu? Mungkin kerana ego dan tidak mahu akui kesilapan diri dan kelemahan diri dia mengambarkan dirinya sebagai “invisible” atau “halimunan”. Cara orang “halimunan” menyelesaikan masalah adalah dengan cara berdiam diri dan teruskan syiok sendiri. Langsung tiada tanggungjawab untuk berdepan dengan masalah yang timbul.

Terus menipu dan meraih simpati serta menyalahkan orang lain. Tiada sedikit pun perasaan bersalah dan perasaan malu didalam dirinya. Menjadi ketua dengan menjual simpati dan meletakan dirinya sebagai mangsa serangan sedangkan dialah yang mula menghasut dan membohongi orang lain. Alasan demi alasan yang diberikan semata-mata kerana ingin menutup keaiban dirinya ketika menjadi AJK Pemuda Kuantan. Inilah manusia munafiq yang tidak mahu mengakui kesilapan dirinya sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang tidak perlu ada orang yang bakal menjadi liabiliti kepada parti dalam kita menuju ke PRU14. Apa yang pentingnya kita memerlukan seseorang yang ada kredibiliti bagi membantu Barisan Nasional merampas kembali beberapa kerusi parlimen dan DUN yang telah tewas pada PRU 13. PPU Pahang juga tidak mampu menyimpan seorang yang hipokrit dalam institusi Pemuda apatah lagi meletakan dia dikalangan kepimpinan negeri. Ianya bakal merosakan gerak kerja Pemuda itu sendiri. KP Kuantan tiada track record yang boleh dibanggakan. Apa yang mampu dijanjikan ialah kemusnahan institusi seperti mana berlakunya kemusnahan institusi Pemuda UMNO Bahagian Kuantan ketika ini.

Sebelum ini sudah ramai yang termakan dengan perwatakannya dan kini makin jelas penipuan dan lakonannya yang tiada pernah ada keikhlasan dan kejujuran. Sampai bila Pemuda Kuantan akan terus tertipu dengan perwatakannya? Secara senyap dileparkan fitnah-fitnah terhadap musuh-musuh politiknya. Didepan seruan bersatu diungkapkan tetapi bila dibelakang dicaci dan pancung secara senyap. Dia arahkan juak-juaknya melempar fitnah terhadap orang yang tidak sehaluan dengannya dengan harapan dia akan dilihat sebagai manusia yang paling mulia.

Inilah sikap KP Kuantan yang makin ramai nampak. Tidak cukup dengan hasutan dan fitnah, diburuk-burukan pula mereka-mereka dengan cerita yang kononnya mereka busuk hati atau dengki kepadanya. Pernah satu ketika dia melemparkan fitnah kepad musuh tegar politiknya dimana musuhnya itu kerap mengunakan ilmu hitam. Begitu busuknya hati dia terhadap orang lain dan kini dia terus dengan sikapnya yang tidak tahu malu dan sering berpura-pura. Sedarlah wahai Pemuda-pemuda UMNO Kuantan. Kita memerlukan ketua yang mempunyai pengetahuan dan keikhlasan dalam perjuangan, bukan mereka yang menipu untuk terus menduduki jawatan. Renungkanlah dan lakukan sesuatu demi survival politik UMNO di Kuantan.

No Responses to “KP UMNO Kuantan anggap dirinya “halimunan”. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s