Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bongkar!!! KP Kuantan anasir buruk dalam organisasi. @khairykj

Siapa sebenarnya KP Kuantan yang ada hari ini? Kita bongkar siapa dia sejak zaman kepimpinan YH Dato’ Suffian Awang selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Biar semua tahu lakonan KP Kuantan ini yang banyak menipu dan membohongi orang ramai.

Penggal ini kita semua dikejutkan dengan penglibatan KP Kuantan ini dengan Geng 11 namun jika kita soroti kisah lampau sebenarnya KP Kuantan ini tidak asing dengan kelompok yang menghancurkan parti. Diketika kepimpinan YH Dato Suffian Awang selaku Ketua Pemuda Kuantan, KP Kuantan ini adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa Pemuda ketika itu dan dia jugalah DALANG KUMPULAN 9 dikalangan AJK-AJK yang mengugut kepimpinan YH Dato Suffian Awang. Namun kerana kebijaksanaan Dato Suffian memimpin akhirnya KUMPULAN 9 ini dapat dikawal.

KP Kuantan yang ada sekarang juga dengan terang dan sedar mengumumkan bahawa dia bercuti dari jawatan AJK sepanjang penggal itu. Sekali lagi bukti yang amat jelas dia mengkhianati amanah ahli-ahli Pemuda bila dengan sendirinya dia melepaskan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa yang dipilih oleh ahli bagi menjalankan tugas dan kewajipan. Sebagai AJK kanan tindakan dia mengenepikan amanah akarumbi jelas satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tabiat itu masih dia bawa hingga ke hari ini.

Jika dahulu dia sering mengugut Dato Suffian selaku Ketua Pemuda namun ketika Dato Suffian dipilih sebagai calon Parlimen pada PRU13 yang lepas secara tiba-tiba dia muncul kononnya untuk mengetuai jentera Pemuda sedangkan dia sudah mengumumkan bercuti sebagai AJK. Inilah sikap hipokrit KP Kuantan yang ada sekarang ini. Amat jelas sikap KP Kuantan ini yang sememangkan boleh dianggap sebagai anasir jijik didalam organisasi. Tiada satu pun kebaikan yang mampu ditonjolkan oleh dia melainkan mengugut, menipu, membohong, berlakon dan meraih simpati.

Setiap apa yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan peribadi bukanlah untuk kepentingan parti. KP Kuantan sememangnya pengecut tidak mampu untuk berdepan dengan ahli-ahli secara terbuka sebaliknya lebih suka menyepi dan menghasut orang lain secara perlahan-lahan. Sang penipu akan merasai peritnya bila tiba masa nanti.

Sedarlah semua bahawa KP Kuantan ini hanya memperbodoh-bodohkan Pemuda Kuantan. Renungkanlah dan lakukan sesuatu demi UMNO.

No Responses to “Bongkar!!! KP Kuantan anasir buruk dalam organisasi. @khairykj”

Leave a comment