Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bikin Panas!!! KP Kuantan cuba minta nyawa. @khairykj

Setelah bersama Geng 11 menghentam, mengkritik dan mempersoalkan YB KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, nampak gayanya KP Kuantan cuba stratergi minta nyawa dari pemimpin-pemimpin besar baik dari pusat mahupun bahagian. Inilah yang katakan sudah ludah jilat balik. Sudahlah integriti tiada bila sanggup membontoti Ketua Pemuda UMNO Negeri yang baru iaitu Sdr Shahar Abdullah sedangkan sebelum ini KP Kuantan inilah dikalangan Geng 11 mendesak agar hanya Zoolhishan KP Bera dilantik sebagai KPN Pahang. Dimanakah integriti KP Kuantan ini?

Mungkinkah kerana KP Bera gagal menunaikan janji sebelum ini telah membuatkan KP Kuantan jilat kembali ludahnya demi memohon sambungkan nyawanya? Sudah lupakah KP Kuantan ini dengan janji pendekar untuk memperjuangkan KP Bera sebagai KPN Pahang? Cepat sungguh dia melupakan rakan-rakan apatah lagi dengan rakan-rakan yang telah digantung. Mungkin KP Kuantan ini dapat mempengaruhi segelintir dari juak-juaknya dikalangan AJK-AJK Pemuda bahagian kerana mereka-mereka ini kebanyakannya menang tanpa bersusah payah. Menang diatas usaha orang lain mempertahankan mereka jadi apa saja yang dikatakan oleh ketua mereka terpaksa mereka turuti umpama lembu-lembu didalam kandang.

Kini ketua mereka menjilat kembali ludahnya mereka-mereka ini juga melakukan perkara yang sama. Tidak mustahil KP Kuantan ini akan sanggup melutut malahan menjilat tapak kaki YB KJ semata-mata untuk meminta nyawa. Semuanya tidak ada yang mustahil kerana KP Kuantan bukanlah manusia yang mempunyai pendirian. Makin lama makin rosak Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dibawah KP yang ada sekarang ini.

Menentang keputusan dan kuasa mutlak KPUM dalam perlantikan KPN, menuduh UMNO Bahagian Kuantan tidak membantu, menyalahkan Perhubungan negeri kerana tidak menyokong tindakan Geng 11 dan mempersoalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Inilah kesalahan-kesalahan KP Kuantan terhadap parti dan kini dia cuba menjilat kembali ludahnya. Dimana maruah dan integriti manusia sebegini? Sudahlah melanggar tata etika parti kemudian menyalahkan semua orang diatas kebodohan dia sendiri. Satu lagi kebodohan KP Kuantan sebelum ini ialah mengumumkan tidak akan menerima peruntukan Pemuda Malaysia sebanyak RM50, 000 untuk menjalankan program khusus bagi Pemuda UMNO Bahagian. Adakah dia fikirkan peruntukan itu hak milik peribadi dia? Ini amat jelas bahawa KP Kuantan tidak langsung mengutamakan Pemuda.

Ludahnya akan dijilat dan kita semua patut ingat kesalahan dia sebagai ketua. Tidak semudah itu dia boleh dilepaskan tanpa tanggungjawab. Salah tetap salah, selama setahun PPU Kuantan hilang punca dan hala tuju. Selama setahun PPU Kuantan dalam kegelapan dan sehingga kini tiada langsung jaminan PPU Kuantan akan bangkit dari lena yang panjang. Ubah KP Kuantan demi menyelamatkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan….

No Responses to “Bikin Panas!!! KP Kuantan cuba minta nyawa. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s