Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kejar dan terus mengejar, KP Kuantan kian terdesak. @khairykj

Makin kalut keadaan Ketua Pemuda Kuantan, beria-ria mengejar dan terus cuba mendapat “PERKENAN” dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri. Bila difikirkan mengapa dia beria-ria cuba menonjolkan diri diperingkat negeri sedangkan Pemuda bahagian sendiri punah ranah. Ahli-ahli Pemuda bukanlah bodoh seperti KP Kuantan ini sangka, seperti biasa KP Kuantan ini akan terus memperbodohkan ahli-ahli Pemuda bahagian Kuantan. Dia mengejar jawatan diperingkat negeri tetapi apa yang telah dia lakukan untuk Pemuda Bahagian Kuantan? Apa program pemantapan belia, program penambahan keahlian, program permekasaan ekonomi orang muda, membuka peluang orang-orang muda, program peluang perkerjaan kepada orang muda? Ini adalah sebahagian sahaja dari program-program yang patut dianjurkan oleh PPU diperingkat bahagian, tetapi apa yang telah dilakukan oleh KP Kuantan ini?

Kerana terlampau asyik mengejar jawatan, pemuda dibahagian sendiri dibiarkan tidak tentu arah. Tiada langsung usaha untuk dia memajukan Pemuda Kuantan. Apa yang penting bagi KP Kuantan ini adalah untuk meraih keuntungan untuk diri sendiri. Inikah sikap seorang ketua yang dipilih oleh ahli? Kita mohon agar kepimpinan tertinggi Pemuda agar turun ke Kuantan dan lihat sendiri apa yang terjadi kepada PPU Kuantan dan cawangan-cawangannya. Kita mahu KP Kuantan ini sedar bahawa dia tidak langsung memberi sebarang keuntungan kepada Pemuda UMNO Kuantan malahan menjadikan Pemuda UMNO Kuantan ini semakin lemah. Bayangkan untuk program yang kononnya dianjur oleh PPU Kuantan ianya terpaksa MENGIMPORT PELAJAR IPTS untuk hadir bagi meramaikan program tersebut. Akhirnya pelajar-pelajat IPTS ini melebihi dari ahli Pemuda dan orang ramai yang hadir. Jelas satu program YANG GAGAL. Bahkan kesemua program anjuran PPU Kuantan dibawah KP sekarang GAGAL sama sekali.

Adakah orang seperti ini yang kita perlukan didalam kepimpinan PPU Negeri Pahang? Sudahlah usul Pemuda Bahagian ditolak sama sekali di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan ada pula hati untuk melobi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang. Pendek kata jika benar dia dilantik rasanya akan punah sama sekali jentera Pemuda UMNO dinegeri Pahang ini. Masalah diperingkat bahagian gagal ditangani apa jaminan KP Kuantan ini mampu menyelesaikan masalah diperingkat lebih tinggi? Adakah dia akan mengunakan simpati seperti “tiada projek”, “tidak mampu membeli susu anak”, “wang simpanan habis”, “hampir menjual rumah” dan lain-lain kata sedih bila berdepan dengan pembangkang? Adakah dia akan merayu pada pembangkang dengan muka yang sedih untuk memenangi undi? Adakah dia akan menyalahkan semua pengundi kerana dia gagal mendapat sokongan bagi BN? Inilah cara KP Kuantan, terkenal dengan cara meraih simpati dan menyalahkan orang lain atas kebodohan dirinya.

Sedih dan kesian bila PPU Kuantan dirosakan oleh seseorang yang tiada langsung sifat perjuangan agama dan bangsa didalam hatinya. Apa yang dia utamakan adalah kesenangan hidupnya sendiri. Amanah tidak langsung dipedulikan apa yang penting kesenangnya dia dan keluarganya. Cukup sudah kita diperbodohkan oleh KP Kuantan ini. Tiba masanya kita memberi pengajaran kepada dia agar dia sedar kita tidak mudah diperbodohkan…..

No Responses to “Kejar dan terus mengejar, KP Kuantan kian terdesak. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s