Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mengapa seorang lagi KP Bahagian di Pahang menyampah dengan KP Kuantan?

Tiba-tiba seorang KP Bahagian di Pahang meluahkan kata-kata yang agak kesat terhadap KP Kuantan. Kenapa marah sangat KP seorang ini? Bukankah dia juga diantara orang-orang penting dalam Geng 11? Marah sangat pada KP Kuantan nampaknya. Kalau ikuti apa yang diluahkan KP Bahagian ini terus-terang kata KP Kuantan adalah manusia yang tidak pernah hargai persahabatan. Kalau sudah tiada kepentingan dia akan tinggalkan orang yang bersama. Ini terjadi pada Geng 11 dan salah seorang dari orang penting dalam gerakan itu.

Menurut KP Bahagian ini dia sendiri akui KP Kuantan khianati sahabat lain. Sebenarnya bukan seorang KP yang menyampah dengan KP Kuantan ini, ada lagi yang merasakan perkara yang sama. Kini dapat lihat bagaimana KP Kuantan menghimpit KPN yang baru dilantik. Umpama belangkas tidak lekang langsung. Ramai KP-KP Bahagian sudah menyedari tindakan KP Kuantan yang akan membelakangkan orang lain yang sudah tidak diperlukan lagi. Kalau sudah tiada kepentingan memang bakal dia ketepikan terus. Tiada langsung perkataan sahabat didalam kamus hidup KP Kuantan ini melainkan jika seseorang itu ada kepentingan. Tidak mustahil KP Kuantan ini akan menjilat semula Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Sudah pasti YB KJ akan dihidangkan dengan kisah-kisah sedihnya yang konon menjadi mangsa keadaan. Itulah cara KP Kuantan yang kononnya pejuang ABATA.

Kembali kepada KP Bahagian yang meluahkan kata-kata kesat kepada KP Kuantan ini, dia sendiri baru menyedari bahawa dia sudah dipermainkan. Mulut manis kononnya setiakawan tetapi dibelakang tikam kawan. Sikap yang cukup-cukup memualkan orang yang dipamerkan oleh KP Kuantan. Kisah sedih dia boleh membuat orang ramai simpati tetapi realitinya dia adalah makhluk lidah bercabang. Itu serba sedikit yang diluahkan oleh KP Bahagian tentang KP Kuantan.

Selepas ini kita akan bongkar lagi sikap munafiq KP Kuantan yang selama ini tidak diketahui ramai. Tunggu dan pastikan anda semua jelas dan faham kenapa ada gelombang penolakan KP Kuantan ini.

No Responses to “Mengapa seorang lagi KP Bahagian di Pahang menyampah dengan KP Kuantan?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s