Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP Kuantan dikatakan ada sifat “busuk hati”.

Ada beberapa orang kepimpinan Pemuda dibahagian serata Pahang dikatakan agak rimas dengan sikap KP Kuantan. Ada dikalangan kepimpinan Pemuda bahagian ini turun menyatakan KP Kuantan ini mempunyai satu sifat busuk hati yang amat kuat. Sifat dengki kepada orang lain bahkan dengan rakan sendiri juga dia mempunyai sifat sebegitu.

Seorang kepimpinan Pemuda negeri juga turut menyatakan bahawa KP Kuantan ini langsung tidak mempunyai sebarang idea dalam politik malahan dia langsung tidak mempunyai daya untuk bertindak sebagai seorang pemimpin. Bila dalam situasi tertekan KP Kuantan ini langsung tidak mampu bertindak dengan rasional. Dikalangan kepimpinan negeri juga ada yang tidak menyenangi dengan dia. Bagaimana seorang yang tidak berupaya memimpin terus diberi peluang untuk memimpin? Mungkin pada KP Kuantan ini masa depan anak bangsa tidak penting dan UMNO ini hanyalah bahan mainan untuk mengisi masa lapang dan mencari projek. Tiada langsung sikap bertanggungjawab dalam dirinya untuk berubah dan memperbetulkan apa yang khilaf.

Apa yang bakal terjadi jika PPU Kuantan terus menyimpang orang sebegini sebagai pemimpin dikalangan pemuda? UMNO Kuantan dan PPU Kuantan secara khususnya patut melakukan sesuatu sebelum PPU Kuantan terus dirosakan oleh orang seperti KP Kuantan ini. Bayangkan dikalangan kepimpinan Pemuda negeri pun dia tidak disenangi mengapa pula dibahagian sendiri harus kita pertahankan dia? Tiada sebab untuk kita terus menerus memberi kepercayaan kepada seseorang yang tidak mahu memikul tanggungjawab dan amanah dengan seikhlas hati. Yang pentingnya adakah KP Kuantan ini tahu akan tanggungjawabnya selaku Ketua Pemuda Bahagian?

Ini persoalannya yang wajib semua memberi jawapan. Walaubagaimana pun kita tunggu jawapan dari pihak KP Kuantan sama ada menerima atau tidak cabaran mengadakan FORUM TERBUKA supaya kekusutan dapat dirungkaikan.

No Responses to “KP Kuantan dikatakan ada sifat “busuk hati”.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s