Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP Kuantan melobi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri??

Dengar khabar KP Kuantan sibuk melobi untuk jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang, betul ke? Kalau betul baguslah tapi sebelum dapat jawatan itu apa kata buat Forum Terbuka Pemuda dengan semua ahli-ahli. Barulah ada ‘substance’ nak jadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri. Janganlah sedar diri tidak berupaya tapi masih lagi hendak melobi jawatan itu semata-mata kerana mahu mendekatkan diri dengan PROJEK-PROJEK YANG BOLEH KAYAKAN DIRI. Dulu kata calon MARHAEN, calon akarumbi tapi bila niat kejar jawatan tanpa sedar diri tidak berkemampuan berdepan dengan akarumbi baiklah lupakan hajat itu.

Masa mesyuarat Pemuda Negeri pun mengelabah bila ditanya, inikan pula ada simpan niat hendak kejar jawatan pengurusan dalam sayap Pemuda. Kalau takut untuk berdialog atau berforum mana mungkin layak menjadi Ketua Penerangan? UMNO tidak perlu seorang yang tidak berupaya menduduki jawatan yang kritikal, KP Kuantan cukup-cukuplah memalukan UMNO. Sedarlah diri cepat-cepat takut nanti sendiri yang malu.

Ada yang mengatakan KP Kuantan ini telah banyak berjanji dengan ramai orang sebelum menang dan kerana itulah dia dalam keadaan tertekan untuk mencari peluang bagi menunaikan janji-janji dia sebelum ini, tidak tahulah sejauh mana kebenaran kenyataan ini tapi mungkin ada benarnya juga dari apa yang dia telah lakukan.

Dikhabarkan juga hari ini KPN telah turun menziarah keluarga mangsa lemas di Beserah (kawasan Indera Mahkota) dan disitu juga ada kelibat KP Kuantan. Hari ini juga berlaku satu insiden pegaduhan dan pencemaran kawasan masjid di Kempadang (kawasan Kuantan) tetapi tidak langsung terlihat kelibat KP Kuantan ini. Ramai mempersoalkan tindakannya, kawasan sendiri tidak mampu dijaga tapi sibuk menayang muka disebelah KPN Pahang. Kenapa? Sibuk melobi jawatan Ketua Penerangan ke? Adakah Pemuda Pahang mahu menerima orang seperti ini dalan institusi? Mengejar kepentingan peribadi dari mendahului atau menyelesaikan masalah masyarakat.

Pemuda UMNO Pahang dan secara khususnya Pemuda UMNO Kuantan harus sedar kita memerlukan seorang yang ikhlas dan mempunyai banyak pengetahuan dalam semua aspek untuk menduduki jawatan yang penting diperingkat negeri. Kita tidak mampu lagi kompromi dengan seorang yang tiada pengetahuan dan tidak tahu apa yang sedang berlaku disekeliling untuk diletakan sebagai orang penting dalam insitusi Pemuda. Kita memerlukan seorang yang mampu menyelesaikan masalah bukan yang seringkali menimbulkan pelbagai masalah dalam parti. Sila beri perhatian kepada pemilihan seseorang demi parti UMNO.

KP KUANTAN, JANGANLAH CUBA MEMPERBODOHKAN KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PAHANG YANG BARU….SEDARLAH DIRI SEBELUM MELOBI JAWATAN PENTING DALAM PARTI, KALAU BENAR KAMU MAHU JAWATAN ITU BERSEDIALAH UNTUK BERDIALOG ATAU BERFORUM SECARA TERBUKA. JANGAN JADI BACHUL DAN PONDAN.

No Responses to “KP Kuantan melobi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri??”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s