Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ambil tindakan keras keatas KP Kuantan dengan segera. @khairykj

Tindakan KP Kuantan yang TIDAK MENGIKHTIRAF wakil Pemuda negeri dari Bahagian Indera Mahkota atas alasan memprotes hukuman pengantungan KP Indera Mahkota jelas menampakan kebiadapan KP Kuantan terhadap Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan pengantungan KP Indera Mahkota dan Maran. Keputusan pengantungan kedua-dua KP tersebut telah diputuskan oleh MKT didalam mesyuarat sebelumnya.

Sikap biadap KP Kuantan dengan tidak mengikhtiraf wakil Pemuda UMNO negeri yang diketuai oleh Pemangku KP Indera Mahkota sepatutnya tidak boleh dikompromi. Tindakan keras sepatutnya diambil oleh jawatankuasa Lembaga Displin UMNO bagi memberi pengajaran kepada semua pemimpin disemua peringkat agar lebih mematuhi peraturan parti. Sebagai ketua sayap penting parti KP Kuantan sepatutnya lebih memahami perlembagaan parti dan tidak sewenang-wenangnya membuat tindakan yang boleh memalukan parti. Sikap sebegini akan menjadikan parti lebih lemah dan tidak mampu menyaingi parti lawan.

Bila seorang ketua buta tentang perlembagaan nescaya seluruh jentera dan pentadbiran sayap itu akan pincang. Ianya akan pasti menjadikan sayap itu pincang dan tindakan menjadikan institusi itu seperti milik peribadi. Kita memerlukan seorang ketua yang mementingkan perlembagaan dan bergerak sejajar dengan peruntukan-peruntukan yang telah digariskan oleh parti bukan seorang ketua yang membelakangkan kepentingan parti demi individu. Kita mahukan jawatankuasa Lembaga Displin UMNO mengambil tindakan yang keras terhadap KP Kuantan, tiada kompromi. Mempersoalkan keputusan MKT UMNO dengan mengadakan usul tergempar dimesyuarat Pemuda Bahagian sudah cukup kuat bukti dia telah sekali lagi melanggar tata etika parti.

Pada dia kononnya inilah perjuangan tapi pada kami itulah tindakan individu yang tidak mengenal apa itu perlembagaan. Sekali lagi kami sarankan kepada jawatankuasa Lembaga Displin UMNO Malaysia agar mengambil tindakan keras keatas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

No Responses to “Ambil tindakan keras keatas KP Kuantan dengan segera. @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s