Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP “DiRaja” nak baling kerusi ke wakil Pemuda Negeri??? @khairykj

Terbaca twitter ada posting yang ceritakan KP “DiRaja” yang hendak baling kerusi pada wakil Pemuda negeri dari bahagian jiran. Aduh….hebat sangat KP “DiRaja” seorang ini sampai hendak baling kerusi gara-gara wakil Pemuda negeri itu datang dari bahagian yang KPnya digantung. Apa yang hebat sangat KP “DiRaja” ini? Ingat wakil Pemuda negeri itu batang kayu ke?

Kalau setakat sembang kedai kopi hendak baling kerusi pada wakil negeri elok simpan sajalah anggan-anggan tu, bila bersemuka menikus pula. Inikah nilai-nilai seorang Ketua Pemuda yang kita perlukan didalam UMNO? Hanya berani dengan ahli-ahli UMNO, hanya berani sembang kedai kopi? Kalau betul-betul hebat KP “DiRaja” ini silalah bawa ke gelanggang, kita bersemuka. Kalau tidak berani beradu kuderat kita beradu pengetahuan. Berani atau tidak wahai KP “DiRaja”?

Makin hari makin terserlah sifat munafiq, sifat sang pembohong, sifat biadap, sifat penghasut dan kebodohan si KP “DiRaja” ini. Sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas perkara yang kelam, sudah nampak benda yang tak nampak. Makin UMNO dihimpit makin banyak manusia yang menghimpit UMNO itu sendiri. Tiada lagi kompromi dengan sang KP “DiRaja” ini, tindakan HARUS DIAMBIL. Displin WAJIB dijaga untuk UMNO kekal relevan.

YB Khairy Jamaluddin harus lakukan sesuatu untuk memastikan Pergerakan Pemuda UMNO tidak menjadi bahan gelak dan ketawa pihak lawan dengan menyimpan spesis KP “DiRaja” yang disebutkan ini. Akan punah UMNO jika berterusan sebegini rupa. Ahli-ahli Pemuda akan terus dipandang hina jika kita masih menyimpan spesis ini.

Tiada guna untuk UMNO tunduk kepada desakan sang KP “Diraja” yang terusan memalukan UMNO. Akarumbi tidak pernah bersama dengan dia dan tidak pernah menyokong tindakan dia tambahan bila bersengkongkol dengan gerombolan KP yang mengheret Raja-raja Melayu kedalam kemelut politik. Amat jelas mereka ini telah membelakangkan prinsip Raja Berdaulat dan berterusan mengunakan Raja-raja Melayu sebagai benteng mereka, bukankah mereka ini yang sepatutnya menjadi benteng kepada Raja-raja Melayu?

KP “DiRaja” yang disebutkan ini bukan sahaja telah memalukan UMNO bahkan telah lama menjadi duri dalam daging dalam parti. Menghasut serta memecah belahkan institusi hanya kerana dia tidak mendapat apa yang dikehendaki. Turut dikhabarkan KP “DiRaja” ini tidak peka kepada keadaan sekeliling, dia adalah seorang yang ditahap “zero political knowledge”. Jika ditanya tentang idea atau tindakan yang patut dilakukan demi mengekalkan kedudukan UMNO sudah pasti kita akan dapat satu jawab “cliche” darinya.

Tiada pengetahuan, tiada semangat perjuangan, tiada jadi diri dalam kehidupannya selain dari mementingkan dirinya sendiri.

Akarumbi mahu KP “DiRaja” ini diambil tindakan sekeras-kerasnya…tiada kompromi dan tiada belas ehsan…

Advertisements

No Responses to “KP “DiRaja” nak baling kerusi ke wakil Pemuda Negeri??? @khairykj”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s