Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda Bahagian tiada fungsi, KP Kuantan terus menyepi.

PPU Bahagian Kuantan terus dilanda syndrom bisu. Gagal berfungsi dalam semua aspek dan KP Kuantan tetap menyepi. Apakah sebenarnya berlaku dalam PPU Kuantan? Cuba kita singkap kemelut yang berlaku. Segalanya berpunca dari isu Geng 11, alasan demi alasan yang diberikan. Tindakan KP Kuantan membelakangkan akarumbi, bahagian serta perhubungan negeri amat-amat dikesali. Jika kita ambil kira tindakan biadapnya terhadap seluruh organisasi sebelum ini adakah kita akan mendapat jaminan yang dia tidak akan melakukan perkara yang sama dikemudian hari?

Perumpamaan Melayu ada menyatakan “anjing kalau biasa makan tahi, tak dapat makan bau pun jadi, berdasarkan perumpamaan ini sudah pasti KP Kuantan berupaya melakukan perkara yang sama iaitu membelakangkan semua orang demi kepentingan peribadi. Justeru itu lebih baiklah PPU Malaysia mengorbankan seorang KP dari terus menyebabkan seluruh organisasi terkorban. Mahu tidak mahu tindakan keras patut diambil untuk mendisplinkan seluruh institusi Pemuda. Biarlah menjadi pengajaran buat semua agar lebih patuh kepada perlembagaan parti.

Yang menerima kesan yang amat sangat ialah PPU Kuantan dengan tindakan KP Kuantan ini. Seluruh organisasi lesu dan tidak berfungsi. Pepercahan berlaky diantara KP, NKP dan barisan AJK. Tindakan KP Kuantan memulaukan AJK yang tidaj sehaluan dengannya cukup menunjukan bahawa dianya tidak professional. Memberi kata dua kepada mereka-mereka yang bersama NKP juga jelas menunjukan bahawa KP Kuantan ini bertindak menjadikan PPU Kuantan sebagai hak milik peribadi. Berselindung disebalik Geng 5 dikalangan AJK-AJKnya juga menampakan KP Kuantan ini bukanlah seorang yang mengamalkan keterbukaan.

Mana mungkin PPU Kuantan dapat berfungsi dengan baik jika KP yang diamanahkan menjaga pergerakan ini melakukan divide and rule. Mana mungkin PPU Kuantan ini dapat menarik kepecayaan anak-anak muda untuk menyokong UMNO jika KPnya sendiri tidak telus. Gagal berfungsi sebagai mana sepatutnya PPU berfungsi.

Akarumbi perlukan KP yang telus, terbuka, jujur dan bertanggungjawab bukan sekadar mengungkapkan retorik politik yang tidak berkesudahan. Bila akarumbi bersuara KP Kuantan terus sembunyi. Belum lagi menjadi wakil rakyat tetapi egonya melebihi Perdana Menteri.

Akarumbi sarankan PPU Malaysia dengan kuasa yang ada ditangan KPUM mengambil satu tindakan yang TEGAS dan BERAT keatas KP Kuantan kerana gagal dan memalukan UMNO secara keseluruhannya.

No Responses to “Pemuda Bahagian tiada fungsi, KP Kuantan terus menyepi.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s