Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan seronok sangat, nanti menangis tak berlagu.

Pagi semalam KP Kuantan cerita pasal busar dan pana yang dihalakan ke pasukan sendiri. Rasanya KP Kuantan ini tak makan ubat sawan semalam. Kenapa dia hendak menyalak bila orang serang dia? Bukan ke dia sendiri buat onar dengan menyerang KPUM sebelum ini? Bukan ke itu pun dikira panah yang disasarkan ke pasukan sendiri?

KP Kuantan ini kena ingat semula apa yang dia pernah cakap, macam-macam yang di cakapkan tetapi dia mudah lupa. Kalau amanah pun dia boleh lupakan apatah lagi janji atau kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya. Sebagai Ketua Pemuda sepatutnya dia lebih bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan bukan dengan cara menyalahkan orang lain. Mengapa seringkali dia menyalahkan orang lain bilamana sesuatu itu jelas berpunca dari dia sendiri? Setiap apa yang berlaku berpunca dari tindakan dia sebagai KP bukan kerana orang lain.

Ini satu kelemahan KP Kuantan yang tidak mahu memikul tanggungjawab atas setiap apa yang terjadi. Bermula dari perlantikan KPUN hinggalah kegagalanya menjalankan program untuk Pemuda Kuantan semuanya kesalahan diletakan pada orang lain. Kita boleh nilai pencapaian KP Kuantan ini dan amat-amat jelas tiada satu pun yang boleh dibanggakan atau dijadikan contoh. Pentadbiran Pemuda UMNO Kuantan amat lemah dan tidak tersusun, biro-biro tidak aktif, program-program tidak dijalankan sama sekali, penyusunan semula cawangan-cawangan tidak langsung dilakukan, penambahan ahli-ahli baru langsung terus tidak dihiraukan. Ini semua menyumbang kepada kemerosotan sokongan kepada UMNO.

Ada yang menyarankan agar KP Kuantan ini mengadakan dialog terbuka untuk menjelaskan kedudukan sebenar namun persoalannya adakah KP Kuantan ini cukup jantan untuk berdepan dengan ahli-ahli secara terbuka? Apa yang ahli mahu ialah ketelusan bukannya diperbodoh-bodohkan seperti mana yang terjadi ketika ini. Barisan AJKnya tidak langsung menyumbang kepada parti dari semua aspek. Bila sudah mendapat jawatan tiada langsung aktiviti dijalankan dengan inisiatif sendiri, masing-masing memberi alasan kengkangan peruntukan. Kononnya hendak berjuang tetapi tidak pulang sanggup melakukan sedikit pengorbanan wang ringgit.
Apa yang mereka mahukan dari jawatan yang mereka duduki? Harta, wang-ringgit, kemewahan? Adakah ini perjuangan yang mereka katakan? Sudah muak dengan alasan dan kini tibalah masanya KP Kuantan dan barisan AJKnya berdepan dengan realiti dan berdepan dengan ahli-ahli semua…..KITA MAHUKAN KETELUSAN DAN KEJUJURAN!!!

No Responses to “Jangan seronok sangat, nanti menangis tak berlagu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s