Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Kuantan pamer lagi kelemahan.

Sudah acapkali si Ketua Pemuda Kuantan pamer kelemahan dalam mengetuai sayap penting parti UMNO. Bila keadaan sudah mendesak baru terhegeh-hegeh hendak berbincang, kononnya hendak mengambil berat. Kalau hendak berbincang tiada masalah tetapi mahukah si Ketua Pemuda ini akui kesilapan? Dengan ego yang amat tinggi sudah pasti dia akan terus menyalahkan orang lain dalam kemelut ini.

Si Ketua Pemuda akan cuba raih simpati ada kemungkinan mengunakan keluarganya sendiri untuk meraih simpati. Cukup-cukuplah dengan cara meraih simpati itu, sudah-sudahlah dengan cara berlakon mulia. Berdepan dengan masalah secara telus dan berani. Sampai bila si Ketua Pemuda ini mahu larikan diri dari berdepan dengan masalah? Seorang ketua yang baik harus tahu bila dan bagaimana berhadapan dengan masalah. Bukan dengan cara menambah lagi kemelut yang ada.

Inilah kelemahan yang jelas dari si Ketua Pemuda. Sudah begitu banyak kelemahan yang dipamerkan sehingga Pemuda UMNO Bahagian Kuantan ini hilang arah tuju. Sepatutnya jika sudah tahu tidak mampu untuk mengetuai pergerakan baik letakan sahaja jawatan itu jangan terus mengkhianati amanah akarumbi. Cuba ada perasaan malu sedikit, buanglah ego yang menebal dalam hati kamu.

Dihadapan orang sibuk mengatakan atau menyeru untuk bersatu tetapi dibelakang mula kata macam-macam kononnya kapal lawanlah, orang tidak boleh dipercayailah dan macam-macam lagi. Adakah si Ketua Pemuda ini mempamerkan sifat munafiq?

Kalau dahuli si Ketua Pemuda ini pernah mengungkapkan kata-kata untuk mencontohi masyarakat Jepun yang meletakan jawatan jika tidak mampu untuk berkhidmat tetapi kini dia sendiri yang makan kata-kata tersebut. Sudahlah gagal kemudian egonya tinggi langsung tidak mempedulikan suara akarumbi sendiri.

Janganlah disebabkan Ketua Pemuda ini UMNO Bahagian Kuantan terus ditolak rakyat….teruslah mendesak agar tindakan diambil keatas Ketua Pemuda ini ataupun desaklah dia untuk melepaskan jawatan demi UMNO dan demi MARUAH PARTI.

Advertisements

No Responses to “Ketua Pemuda UMNO Kuantan pamer lagi kelemahan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s