Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kemelut Pemuda negeri selesai, tapi kemelut dibahagian belum selesai.

Perlantikan KP Paya Besar sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang dan KP Temerloh sebagai naibnya mengambarkan selesainya kemelut Pemuda UMNO Negeri. Apa yang belum selesai ialah kemelut diperingkat bahagian. Pemuda UMNO Bahagian Kuantan jangan terlampau suka dengan perkembangan terbaru dinegeri kerana selama setahun lebih Pemuda Kuantan diperbodoh-bodohkan oleh Ketua Pemuda Kuantan.

Selagi hutang tidak dilunaskan selagi itu pengajaran harus diberikan kepada KP Kuantan. Biadap kepada kepimpinan bahagian, biadap terhadap MKT serta biadap terhadap Pengerusi Perhubungan UMNO negeri. Ini adalah hutang-hutang yang patut dilunaskan oleh KP Kuantan, tidak termasuk dengan pengkhianatan terhadap amanah akarumbi. Pepercahan yang terjadi berpunca dari KP Kuantan sendiri.

Jangan sebut tentang bersatu kerana KP Kuantan tidak pernah ikhlas dalam melakukan penyatuan. Sikap ego dan bodoh sombong yang menebal dan sering menyalahkan orang lain menjadikan KP Kuantan ini sebagai seorang ketua yang tidak layak dihormati. Tidak perlulah terus berlakon sebagai mangsa keadaan sedangkan kamu sendiri yang mencipta kekusutan. Jangan terus bersikap munafiq kerana kamu sendiri yang menjadi punca kekacauan.

Adakah kamu fikir kamu layak memimpin dengan sikap munafiq dan kepura-puraan kamu? Bercakap tentang penyatuan tetapi bila dibelakang kamu cuba menghasut supaya membenci. Inikah sikap seorang ketua yang baik? Kamu sedar atau tidak kamu telah mengkhianati ramai orang dalam masa kamu cuba menduduki kerusi Ketua Pemuda. Mungkin kamu tidak sedar kerana kamu fikir kamulah mangsa sedangkan kamu yang menjadikan orang lain mangsa kerakusan kamu.

Ingat bahawa kamu tidak akan mampu bertahan kerana akarumbi akan bangkit menentang penipuan dan lakonan kamu…..

No Responses to “Kemelut Pemuda negeri selesai, tapi kemelut dibahagian belum selesai.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s