Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Janganlah hipokrit wahai KP UMNO Kuantan

image

Ini lawak pagi Jumaat yang boleh jadi kelakar dan seram. Mungkin juga pagi tadi KP UMNO Kuantan ini tertelan julap yang mengakibatkan daya pemikirannya terhenti seketika. Adakah dia faham apa yang diungkapkan oleh YB Dato Sri Zahid Hamidi? Rasanya KP UMNO Kuantan tidak faham langsung tentang itu. Biarlah KP UMNO Kuantan ini terus syiok sendiri.

KP UMNO Kuantan ini agaknya sudah lupa yang dia sendiri asyik menyerang Pemuda Kuantan sebelum ini. Mungkin caranya lain tetapi serangan tetap serangan. Ketika ini serangan dilakukan secara terbuka kerana ahli sudah muak dengan sikap hipokrit dia sendiri. Lakonan dan tipu daya KP UMNO Kuantan ini sudah dikesan dan ahli sudah menyampah dengan gaya kuku besinya. Bezanya dahulu dia menyerang secara halus, menghasut ahli-ahli dan membuat cerita sedih untuk meraih simpati malahan dia akan menyerang individu tertentu dalam Pemuda dengan pelbagai tomahan. Tetapi kini serangan terhadapnya dilakukan secara terbuka kerana jelas KP UMNO Kuantan gagal dalam mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan.

Dahulu KP UMNO Kuantan ini menyerang institusi kerana isu peribadi tetapi kini dia diserang kerana ahli-ahli sayangkan parti dan mahu selamatkan Pemuda Kuantan bukan atas dasar peribadi. Mungkin KP UMNO Kuantan ini kurang cerdik menilai kerana hanya duduk dikalangan AJK-AJKnya yang tidak mampu mempertahankan dia selaku KP UMNO Kuantan.

Jelaslah KP UMNO Kuantan ini sebenarnya buta dan tuli, dia tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan. Amat sedih bila Pemuda Kuantan diketuai oleh seorang yang tidak mampu berfikir dengan positif. Mungkin sudah menjadi sifat dia sentiasa negatif terhadap orang lain sebab itulah dia mengamalkan pecah dan perintah dikalangan jawatankuasanya sendiri. Jika dia seorang yang bijak dan berwawasan rasanya kemelut ini sudah lama dapat diselesaikan. Namun agak malang bila dia gagal melihat semua ini dalam skop yang lebih luas lagi tetapi memilih jalan meraih simpati untuk mengekalkan sokongan.

Saudara KP, kamu sudah gagal dalam memimpin Pemuda UMNO Kuantan. Terimalah saja hakikat yang sebenar. Kamu sudah diberi masa yang cukup panjang untuk berusaha menyatukan semula Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan, tetapi apa yang kamu buat? Kamu mengkhianati amanah ahli-ahli akarumbi. Kamu rosakan institusi Pemuda, kamu musnahkan legasi KP-KP yang terdahulu. Kamu sedar atau tidak apa yang kamu lakukan ini menjatuhkan maruah UMNO Kuantan itu sendiri. Kamu gagal dan akan terus gagal. Undurlah kerana ahli-ahli sudah muak dan menyampah denga cara kamu merosakan Pemuda Kuantan. Undurlah kerana ramai ahli sudah tidak mahu ditipu oleh kamu. Undurlah kerana kamu tidak menghormati kepimpinan tertinggi parti. Undurlah sebelum Pemuda UMNO Kuantan kian parah.

No Responses to “Janganlah hipokrit wahai KP UMNO Kuantan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s