Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda UMNO Kuantan makin bebal.

image

Diatas adalah petikan dari ucapan wakil Pemuda UMNO Kuantan dalam ucapan menyokong usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan. Untuk rekod USUL DARI PEMUDA UMNO KUANTAN TELAH DITOLAK BULAT-BULAT OLEH PARA PERWAKILAN. Cuba baca dan fahamkan maksud petikan ini.

Mari kita ulas dan kaji standard Pemuda UMNO Kuantan dibawah kepimpinan Ketua Pemuda yang ada sekarang. Jika boleh sebarkan kepada orang ramai agar dapat kita menilaikannya. Persoalannya disini kita petik dari perkataan ‘MENDESAK’ . Siapa mereka untuk mendesak UMNO Bahagian Kuantan memberi tumpuan kepada mereka? Pernah atau tidak Ketua Pemuda menjadikan pemimpin UMNO Bahagian Kuantan sebagai “point of referrence” dalam setiap tindakan pergerakan tersebut?

Besar sangatkah kedudukan Ketua Pemuda hingga sanggup mendesak kepimpinan bahagian untuk mendengar cakap mereka? Ganjil bukan? Dalam masa yang sama mereka menuntut agar bahagian memberi tunjuk ajar kepada pergerakan itu dari sudut program dan kewangan. Sekali lagi mereka mencipta sejarah bilaman menjadi satu-satunya pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang tidak mampu bergerak sendiri tanpa tunjuk ajar. Sedih dan memalukan bukan?

Inilah yang dikatakan sebagai buta dasar perjuangan Pemuda UMNO. Mereka gagal memahami perjuangan Pemuda UMNO yang bertindak sebagai pemangkin kepada UMNO itu sendiri. Pemuda UMNO adalah benteng paling hadapan untuk UMNO. Jadinya Pemuda UMNO Kuantan ini bukanlah satu pergerakan yang mampu menjadi benteng bila mendesak untuk ditunjuk ajar. Mereka ini adalah satu pergerakan atau sayap yang tidak tahu apa itu UMNO.

Inikah standard Pemuda UMNO Kuantan? Inikah pergerakan yang boleh kita harapkan untuk meraih sokongan golongan muda sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa mereka patut lakukan? Molek sangatlah jika Ketua Pemuda UMNO Kuantan yang ada sekarang letak jawatan dari terus menjadi bahan ketawa seluruh negara. Yakinlah bahawa pihak pembangkang akan menjadikan Pemuda UMNO Kuantan ini sebagai satu “punching bag” kerana amat jelas sekali pergerakan ini langsung tidak memberi sebarang impak kepada masyarakat.

Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan barisannya hanya layak untuk menjadi “laughing stock” dikalangan orang-orang muda di Kuantan. Tidak mampu mengugat pihak pembangkang. Yang utamanya MEMALUKAN SELURUH ORGANISASI UMNO ITU SENDIRI. Justeru untuk menyelamatkan UMNO dari terus dikutuk akibat kebodohan Pergerakan Pemudanya lebih baiklah pihak pusat mengambil tindakan yang sepatutnya demi maruah parti. Cukup-cukuplah dengan masalah yang ada, jangan ditambah lagi dengan masalah dari Pemuda UMNO Kuantan ini.

Ambilah tindakan terhadap Ketua Pemudanya yang sudah merosakan UMNO itu sendiri. Selamatkanlah institusi Pemuda UMNO secepat yang mungkin. Maruah makin tergadai dan UMNO Kuantan makin dimalukan oleh Ketua Pemuda UMNO Kuantan….

No Responses to “Pemuda UMNO Kuantan makin bebal.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s