Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Barisan AJK Pemuda UMNO Kuantan bodoh sombong.

Desas-desus terdengar dari rata-rata suara akarumbi di Kuantan asyik berkata Pemuda UMNO Kuantan yang ada sekarang ini memang jauh lebih buruk dari yang ada dulu. Lebih menyedihkan bila cukup ramai mengatakan AJK-AJK yang ada sekarang ini bodoh sombong. Sudahlah tidak tahu apa-apa kemudian berlagak seperti pandai, tidak mahu bertanya atau belajar.

Baru dapat duduk sebagai AJK lagaknya sudah macam jadi wakil rakyat. Jalannya kembang dada dan semua perlu hormat kepada mereka. Bila tiba waktu menjalankan tugas masing-masing cuba cuci tangan dan melepaskan tanggungjawab pada orang lain. Itulah salah satu sebab mengapa Pemuda UMNO Kuantan tidak sunyi dari kritikan kebelakangan ini. Tempoh setahun lebih sudah diberi kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka mampu mengalas tugas dan amanah tetapi malang sekali tiada usaha langsung untuk memperkukuhkan Pemuda Kuantan.

Bayangkanlah jika AJK Pemuda sendiri sudah tidak mengenal erti rendah diri dan menghormati orang lain jadi apakah yang ada pada pergerakan ini? Acapkali mereka dan ketua mereka menyalahkan orang lain diatas kegagalan mereka. Sudahlah tiada satu pun program yang besar dan hebat mampu dilaksanakan oleh pergerakan ini sepanjang setahun lebih menduduki barisan kepimpinan pemuda UMNO Kuantan. Cukup memalukan.

Terdengar pulak ada diantara AJK-AJK Pemuda Kuantan yang terlibat dengan masalah sosial seperti mesin judi dan judi internet tetapi tidak dapat hendak dipastikan. Jika ada alangkah malunya parti jika berterusan begini. Mereka diharapkan menjadi jambatan antara anak-anak muda dan UMNO, malangnya mereka-mereka ini tidak langsung mempedulikan apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Pelbagai lagi isu-isu yang timbul dikalangan AJK-AJK Pemuda Kuantan ini. Sudahlah lemah banyak pula masalah. Adakah ini yang kita mahukan dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagiab Kuantan? Lakukanlah sesuatu demi parti yang kita sayangi ini…UMNO Dulu, Kini dan Selamanya…

No Responses to “Barisan AJK Pemuda UMNO Kuantan bodoh sombong.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s