Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Meraih simpati cara Ketua Pemuda UMNO Kuantan cari sokongan.

Nampaknya Ketua Pemuda Kuantan ini masih tidak berubah caranya mencari sokongan. Menjaja cerita-cerita sedih sana dan sini semata-mata hendak meraih simpati orang ramai. Seorang pemimpin tidak menjaja kisah sedih untuk cari sokongan, seorang pemimpin terus bekerja tanpa henti walaupun tanpa sumber. Bukan dengan cara meraih simpati dan terus menyalahkan orang lain.

Ketika kempen dikhabarkan pada semua dialah mangsa keadaan, mangsa diketepikan, mangsa dipulaukan, mangsa kezaliman oleh pengurusan Pemuda Bahagian, sekarang ini masih skrip yang sama tetapi lain pihak pula. Mangsa diketepikan dan mangsa kezaliman bahagian yang tidak membantu Pemuda pimpinannya. Tak habis-habis mencari simpati, realitinya keputusan dia untuk bersama  Geng 11 tidak langsung pernah dihuraikan kepada umum malahan tidak pernah juga dimaklumkan kepada UMNO Bahagian Kuantan apatah lagi untuk meminta nasihat pengerusi perhubungan UMNO Negeri Pahang merangkap Menteri Besar. Jelas sekali Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini langsung tidak mempunyai sifat hormat kepada kepimpinan tertinggi bahagian dan kini menjaja cerita bahawa kepimpinan bahagian tidak membantu.

Sampai bila Ketua Pemuda UMNO Kuantan hendak bermain dengan politik simpati? Makin hari makin terbongkar sikap sebenarnya. Kredibiliti dia sebagai Ketua Pemuda bahagian kian dipersoalkan, amat memalukan bila seorang Ketua Pemuda bahagian menjaja cerita yang tidak benar berkenaan bahagian yang diwakilinya. Orang lain semakin maju tetapi Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini makin kebelakang. Tiada usaha untuk memajukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan malahan makin kebelakang dan makin tidak relevan. Pujian yang sebenar patut diberikan kepada Pergerakan Puteri UMNO Kuantan yang dilihatkan makin kukuh dan makin bersemangat jika dibandingkan dengan Pemuda UMNO Kuantan.

Pendek kata Ketua Pemuda UMNO Kuantan tidak langsung berupaya untuk menyaingi kesungguhan Ketua Puteri UMNO Kuantan dari semua sudut. Hanya alasan semata-mata yang mampu Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini berikan, alasan dan menyalahkan orang lain. Sedia dan pilu kerana dibawah Ketua Pemuda ini Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan terus menjadi PARIAH POLITIK dalam organisasi.

Tiada sebab dan alasan lain untuk mengekalkan Ketua Pemuda yang ada sekarang. Pemuda UMNO Kuantan makin hanyut dan makin jauh dari pandangan masyarakat……

Advertisements

No Responses to “Meraih simpati cara Ketua Pemuda UMNO Kuantan cari sokongan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s