Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Kuantan GAGAL memahami dasar perjuangan Pemuda UMNO.

Bila kita berbicara tentang Pergerakan Pemuda UMNO perkara pokok yang timbul adalah berkaitan hala tuju dan perjuangan golongan muda. Namun dalam situasi politik tika ini dasar perjuangan Pemuda sudah menjadi lebih mencabar berbanding sebelum ini. Disebabkan oleh kebanjiran maklumat tanpa penapisan melalui media-media alternatif dan penyaluran berita tanpa sempadan, golongan muda kian terdedah kepada pelbagai polemik yang tidak bersesuaian dengan cara hidup masyarakat kita.

Dalam menempuh cabaran ini Pergerakan Pemuda UMNO di setiap peringkat haruslah lebih proaktif dan kreatif dalam usaha untuk meraih sokongan. Agak malang sekali bila di Kuantan ini tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO diletakan dibahu seorang individu yang tidak memahami dasar perjuangan sayap penting dalam UMNO. Ketua Pemuda UMNO Kuantan gagal merencanakan tindakan-tindakan yang dapat mendekati golongan muda kerana terlampau sibuk dengan urusan menentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia atas alasan tidak bersetuju dengan perlantikan Ketua Pemuda UMNO Pekan sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri, justeru apa yang terjadi adalah ketidakupayaan Pemuda UMNO Bahagian meletakan kepentingan ahli-ahli akarumbi sebagai perkara utama.

Bilamana seorang ketua gagal memahami dasar perjuangan dalam sayap parti, mana mungkin akan ada kesinambungan sokongan kepada UMNO. Mana mungkin UMNO akan mempunyai barisan tokoh-tokoh muda untuk mengambil alih kepimpinan diperingkat bahagian jika ketua sayap pemuda sendiri buta akan perjuangan mereka. Dalam konteks Pemuda UMNO Kuantan, kelemahan kepimpinan Ketua Pemuda yang ada amat jelas. Tiada satu perancangan dan stratergy yang konklusif dirangka bagi menarik lebih ramai ahli-ahli baru dan membawa UMNO itu kepada golongan atas pagar. Apa yang berlaku, Ketua Pemuda UMNO Kuantan yang buta dasar perjuangan lebih selesa memperjuangkan hasrat Geng 11 dari memberi keutamaan kepada Pemuda bahagian Kuantan.

Persoalanya APA YANG DIA KEJARKAN? ADAKAH BERLAKU SEBARANG PERJANJIAN ATAU DIJANJIKAN APA-APA JENIS PERUNTUKAN ATAU PROJEK OLEH KETUA PEMUDA UMNO BERA JIKA DIA DILANTIK SEBAGAI KPN? Inilah persoalan yang masih lagi tidak mampu dijawab oleh Ketua Pemuda UMNO Kuantan. Sudahlah gagal memimpin Pemuda Bahagian masih lagi mahu berahsia dengan semua.

Jelas sekali Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini buta dasar perjuangan kerana mengutamakan hal-hal yang tidak penting bagi ahli-ahli Pemuda Kuantan. Apa yang penting bagi ahli-ahli ialah perjalanan dan program Pemuda Bahagian. Mereka tidak kira siapa yang dilantik sebagai KPN, tetapi kenapa Ketua Pemuda Kuantan pula yang beria-ia hendak Ketua Pemuda Bera menjadi KPN. Mungkin ada sesuatu yang ada disebalik isu Geng 11 ini. Mengapa hanya Ketua Pemuda UMNO Bera sahaja? Mengapa tiada nama lain?

Mohon seluruh ahli Pemuda UMNO Kuantan mendesak agar Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini berterus terang dan tanpa selindung terangkan situasi atau perkara-perkara yang dijanjikan antara Geng 11 ini. Kita mahu Ketua Pemuda UMNO Kuantan jangan berbohong dan cuba selindung. Berlakulah jujur sebelum ahli-ahli Pemuda bertindak.

Dasar pejuangan Pergerakan Pemuda UMNO amat jelas, jadi kembalikanlah roh perjuangan tersebut. Mengapa perlu Ketua Pemuda UMNO Kuantan mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberikan? Adakah kerana ingin kayakan diri melalui jawatan sehingga sanggup mengadaikan maruah Pemuda Kuantan? Mana letakan sifat tanggungjawab Ketua Pemuda UMNO Kuantan untuk mendahulukan kepentingan ahli-ahli Pemuda UMNO?

Mohon diingatkan bahawa PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTAN BUKAN MILIK PERIBADI KETUA PEMUDA. Setiap wang ringgit yang disalurkan bukan untuk Ketua Pemuda menyara keluarga itu hak kepada ahli-ahli Pemuda UMNO yang berdaftar. Jangan membuat keputusan hanya kerana kepentingan diri tanpa ada sifat tanggungjawab kepada organisasi. Jangan cuba menjadi pemimpin yang pentingkan diri dan melanggar amanah. Berterus-terang dan berlaku jujur kalau Ketua Pemuda UMNO Kuantan mempunyai maruah….

No Responses to “Ketua Pemuda UMNO Kuantan GAGAL memahami dasar perjuangan Pemuda UMNO.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s