Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan bersikap hipokrit.

Ada kedengaran kononnya dikalangan kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan menyeru agar beri peluang kepada Ketua Pemuda UMNO Kuantan kerana baru menduduki jawatan tersebut. Kelakar sungguh dengan seruan begitu, mana tidaknya cuba bayangkan mengapa Ketua Pemuda Kuantan belum sempat panas kerusi yang diduduki sudah melompat menolak Shah Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. Mengapa tidak beri peluang kepada Shah Ahmad untuk menjalankan tugas?

Tidak salah jika ada dikalangan cawangan-cawangan Pemuda UMNO Kuantan mendesak agar Ketua Pemuda Kuantan berundur kerana dia sendiri bertindak sebegitu terhadap lantikan Shah Ahmad. Bak kata peribahasa Inggeris What goes around, comes around jadi janganlah melompat tak tentu hala. Sedarlah bahawa Ketua Pemuda UMNO Kuantan langsung tidak mendapat sokongan kepimpinan bahagian apatah lagi diperingkat Perhubungan Negeri.

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan silalah berpijak dibumi yang nyata, jangan bersikap hipokrit. Ketua Pemuda UMNO Kuantan juga janganlah terus menjadi munafiq. Mana janji-janji untuk memperkukuhkan Pemuda UMNO Kuantan yang kamu kata dulu berpecah belah? Sedar atau tidak kamu yang memecah belahkan Pemuda UMNO Kuantan ketika itu dengan menjaja cerita sedih kamu dipulaukan.

Bukti jelas didepan mata apa yang kamu lakukan terhadap Pemuda UMNO Kuantan ketika ini, rata-rata menyokong bahawa kamu selaku Ketua Pemuda UMNI Kuantan telah merosakan institusi Pemuda itu sendiri. Siapa yang mahu kamu persalahkan lagi? Kamu akan terus persalahkan Ketua Bahagian dan seluruh kepimpinan bahagian? Siapa yang kamu hendak tundingkan jari kamu yang sentiasa menunding? Semua salah kecuali kamu saja yang betul.

Bagi jawatankuasa Pemuda UMNO, biarlah diri itu berilmu jangan malukan parti kerana Tun Mahathir pun sudah mengingatkan kita semua “Ramai cerdik pandai sudah tinggalkan UMNO”. Kamu sudah buktikan kebenaran ungkapan Tun Mahathir dengan sikap dan kebodohan kamu….

No Responses to “Kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan bersikap hipokrit.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s