Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Senarai KEGAGALAN Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

Senarai kegagalan Ketua Pemuda UMNO Kuantan dalam memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan sejak menduduki kerusi panas tersebut.

1- Keterbukaan.
GAGAL dalam mengamalkan keterbukaan dan perkongsian pendapat. GAGAL berdepan dengan kritikan.

Contoh: Jelas bilamana GAGAL berbincang dan mohon persetujuan dalam isu GENG 11.

2- Partisipasi secara menyeluruh.
GAGAL dalam melibatkan seluruh Pemuda dipelbagai peringkat dalam merencanakan hala-tuju Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan.

Contoh: Berlakunya “divide and rule” dikalangan jawatankuasanya sendiri.

3- Brotherhood/Persaudaraan.
GAGAL dalam mengukuhkan ukhwah diantara seluruh ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan.

Contoh: Tidak mahu menghulurkan tangan dan bersatu kembali dengan sahabat-sahabat yang bertanding menentang pasukannya.

4- Pemantapan ekonomi secara menyeluruh.
GAGAL dalam merencanakan pembangunan ekonomi anak-anak muda dan permerkasaan ekonomi terutamanya Melayu/Bumiputera diparlimen Kuantan.

Contoh: Tiada inisiatif menganjurkan sebarang bentuk pemantapan ekonomi anak muda.

5- Pendekatan secara ilmu.
GAGAL menjalankan program berbentuk ilmu dan dakwah demi memantapkan aqidah umat ISLAM terutamanya anak-anak muda Melayu Islam. GAGAL juga dalam memahami masalah sosial anak-anak muda dibandar Kuantan.

6- Mengembalikn suara pendesak dlm UMNO.
GAGAL membawa suara akarumbi dalam menyusuri dasar-dasar kerajaan yang khusus untuk golongan muda.

7-Perjuangkan suara anak muda keperingkat  tertinggi.
GAGAL membawa aspirasi anak muda dan suara anak muda kepengetahuan pihak-pihak berwajib atau agensi-agensi belia bagi memantapkan kedudukan belia Melayu ISLAM.

Seperti didalam entri sebelum ini jelas diperkatakan penentangan terhadap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan bukan kerana benci atau dengki tetapi ianya tercetus kerana soal prinsip dan perjuangan. Tiada langsung agenda yang lain selain dari ingin melihat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan menjadi satu sayap pertubuhan yang mantap sejajar dengan agenda transformasi negara yang dilaungkan oleh YAB Presiden parti.

Isu pokoknya ialah prinsip dan perjuangan, jelas sekali dengan kegagalan Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini akan mengakibatkan seluruh jentera UMNO menjadi lumpuh dalam gerak kerja memenangi hati dan minda pengundi terutamanya pengundi muda. Kegagalan ini juga mungkin mengakibatkan UMNO/BN tewas didalam PRU14 yang akan datang dimana adanya pertambahan bilangan pengundi muda secara mendadak.

Bukan niat untuk bermain politik tetapi anak muda perlukan seorang ketua yang proaktif bukannya ketua yang mementingkan diri sahaja.

Nilaikanlah kepimpinan Ketua Pemuda yang ada sekarang dengan ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yang lepas-lepas. Nilaikan dan buatlah keputusan anda sendiri….TEPUK DADA TANYA SELERA. PILIHAN DITANGAN ANDA JIKA ANDA MENYAYANGI PARTI KERAMAT ORANG MELAYU INI.

No Responses to “Senarai KEGAGALAN Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s