Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda UMNO Kuantan sebuah legasi yang musnah.

image

7hb September 2014, tercipta sebuah lagi sejarah didewan yang penuh sejarah didalam perjalanan parti UMNO Bahagian Kuantan. Dewan yang menyaksikan kenangan suka dan duka UMNO di Kuantan ini. Kini didewan ini jugalah terpatri satu lagi sejarah dimana musnah satu legasi yang dibina berpuluh tahun dalam sayap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

7hb September 2014 hari dimana hilangnya taring sayap Pemuda UMNO Kuantan yang satu ketika dahulu cukup digeruni dan disegani. Kini Pemuda UMNO Kuantan tidak ubah seperti ayam sabung yang tua dan tidak bermaya dibawah kepimpinan Ketua Pemuda yang ada kini. Tiada lagi suara-suara lantang dan pendekar-pendekar gagah berani dari Pemuda Kuantan, tiada lagi laungan-laungan semangat membara dari Pemuda Kuantan, tiada lagi kegerunan pihak lawan terhadap Pemuda Kuantan. Terima kasih KP UMNO Kuantan kerana anda telah berjaya mentransformasikan Pemuda Kuantan menjadi PONDAN SIAM.

Kekalutan demi kekalutan berlaku dalam pergerakan ini tidak mampu lagi untuk ditutupi. Kelemahan-kelemahan dan pepercahan tidak lagi mampu di baiki. Malu dan pilu bila mengenangkan nasib anak-anak muda Kuantan yang gagal diperjuangkan oleh Ketua Pemuda yang ada kini.

Kami menentang bukan kerana kami membenci atau dengki tetapi kami menentang kerana prinsip. Kedudukan Pemuda UMNO Kuantan kini tidak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Tiada hala tuju dan tiada pegangan perjuangan. Apa yang diperjuangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kuantan sekarang ini? Apa dasar-dasar yang mampu diketengahkan oleh barisan kepimpinan yang ada sekarang ini bagi menjamin sokongan berterusan kepada UMNO terutamanya dari golongan muda? Apa agenda transformasi Pemuda UMNO Kuantan dibawah kepimpinan Ketua Pemuda yang ada sekarang? Apakah tindakan yang konkrit dari Pemuda UMNO Kuantan bagi memperjuangkan ekonomi, pendidikan, sosial, perumahan dan perkerjaan bagi golongan muda? Apakah tindakan Pemuda UMNO Kuantan bagi memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM diKuantan? Apakah stratergi Pemuda UMNO Kuantan untuk berdepan dengan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan? Apakah forum-forum yang dibuka oleh Pemuda UMNO Kuantan bagi mendekati dan memberi penerangan kepada golongan muda tentang dasar-dasar parti dan kerajaan?

Dimana semua usaha-usaha ini? Dimana suara-suara yang mampu Pemuda Kuantan ini bawa? Belum lagi disentuh tentang perjalanan Pemuda-pemuda cawangan, jika disentuh nescaya makin tempanglah Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan ini. Hubungan dengan pemuda-pemuda cawangan langsung tidak diperdulikan, tiada lawatan-lawatan yang dibuat oleh kepimpinan Pemuda UMNO Kuantan untuk mendengar permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak muda dicawangan. Tiada langsung inisiatif untuk mendekati diri bersama golongan belia. Inilah yang dimaksudkan sebagai kemusnahan legasi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dibawah kepimpinan Ketua Pemuda yang ada sekarang.

Nasihat kami kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, janganlah cuba menjadi jaguh diperingkat nasional tetapi kawasan sendiri dan barisan kepimpinan sendiri punah ranah. Jangan nampak kuman seberang laut gajah menari-nari didepan muka tidak langsung dipedulikan. Jangan jadi Pak Kadok bersorak bangga kampung sendiri tergadai. Jangan jadi Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Jangan jadi seperti beruk mendapat bunga. Insaf dan akui kesilapan atau berundur dengan cara terhormat, ANDA TELAH GAGAL MEMIMPIN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTAN DAN ANDA ADALAH PEMUSNAH LEGASI HEBAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTAN……

2 Responses to “Pemuda UMNO Kuantan sebuah legasi yang musnah.”

  1. Ini adalah cara KJ utk menjatuhkan Najib di tempatnya sendiri. Kan KJ bercita2 nak jadi PM?

    • Ni bukan soal KJ….tak ada kena mengena dgn KJ…..ni soal kewibawaan Ketua Pemuda bahagian sendiri….jgn la kita hanyut dgn polemik KJ semata2 sedangkan yg gagal ketua pemuda UMNO Bahagian itu sendiri…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s