Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda Kuantan kian lumpuh dan lesu.

Jelas dan nyata keadaan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan kian lumpuh dan lesu sejak setahun lepas. Pada mulanya harapan yang diletakan kepada kepimpinan yang baru amat tinggi. Perjalanan Pemuda UMNO Kuantan dilihat tersusun dan menepati agenda sebenar terutamanya ketika seluruh bandar Kuantan dilanda musibah banjir. Pujian dan sokongan amat baik namun setelah tercetusnya isu Geng 11 hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan menjadi kelam kabut dan tidak terurus.

Tindakan Ketua Pemuda UMNO Kuantan menyokong Geng 11 jelas menjejaskan hubungan antara Pemuda dan Bahagian. Turut terjejas ialah perhubungan Pemuda dengan Perhubungan Negeri. Segala program tidak dapat dijalankan dengan lancar, Pemuda cawangan juga dibiarkan tanpa sebarang bantuan mahupun program. Ketua Pemuda UMNO Kuantan gagal mendekati cawangan-cawangan dan merapatkan hubungan. Penambahan ahli juga tidak berlaku sama sekali. Tiada ungkapan lain yang dapat diluahkan kecuali GAGAL. Ketua Pemuda UMNO Kuantan GAGAL. Peluang sudah diberikan namun Ketua Pemuda GAGAL mengambil peluang yang ada untuk membuktikan keupayaannya memacu Pemuda UMNO Kuantan kearah kejayaan. GAGAL menjadikan Pemuda UMNO Kuantan sebagai satu pertubuhan yang dihormati dan disegani. Agenda untuk anak muda tidak langsung dititik beratkan.

Bila peluang telah diberikan tetapi tidak mampu untuk mengubah atau memperbaiki institusi Pemuda jelas menampak KETIDAKUPAYAAN Ketua Pemuda Kuantan untuk berkhidmat demi anak muda. Cukup-cukuplah dengan lakonan dan meraih simpati bukti sudah mencukupi untuk Ketua Pemuda Kuantan berundur secara terhormat. Undurlah sebelum Pemuda UMNO Kuantan berkubur. Kamu tidak layak menjadi pemimpin orang muda….

No Responses to “Pemuda Kuantan kian lumpuh dan lesu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s